no comments

“Walaupun Perjalanan PhD Saya Tak Indah, Tapi TIDAK Pernah Terfikir Untuk Quit”

Masing-masing ada target tersendiri dalam hidup. Ada yang mahu mendapatkan kerja bagus dan gaji yang besar selepas tamat pengajian Degree dan ada yang mahu terus mendapatkan PhD dalam masa yang singkat dan memegang titile “Doktor” pada usia yang muda. Tapi hakikat kedua-dua pilihan ini bukannya mudah untuk dicapai. Ini adalah perkongsian daripada seorang graduan Saian Forensik dalam liki-likunya menamatkan PhD dalam masa 2 tahun. Jujurnya,ia bukan satu perjalanan yang mudah dan bagi seseorang yang senang patah semangat pasti sudah lama surrender. Hebat perkongsian ini dan amat berguna bagi korang yang memasang rancangan untuk menyambung PhD.

“Saya berharap cerita ini dijadikan sebagai satusumber inspirasi kepada semua calon sarjana dan PhD di luar sana agar tidak ‘give up’ dalam battle ini” – Dr Rahim

25.04.17 merupakan tarikh yang saya tidak boleh lupakan sepanjang hidup saya. Tarikh di mana saya mengenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah. Genap dua tahun saya telah miliki ijazah ini. Pada tarikh ini, saya ingin berkongsi perjalanan PhD saya dalam bidang kriminologi. Perkongsian ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di luar sana dan bukannya untuk membuka aib seseorang. Saya berharap cerita ini dijadikan sebagai satu sumber inspirasi kepada semua calon sarjana dan PhD di luar sana agar tidak ‘give up’ dalam battle ini.
Keinginan untuk belajar sehingga PhD telah wujud sejak saya gagal mendapat tempat untuk kursus perubatan di Universiti Awam. Cita-cita saya adalah untuk menjadi doktor perubatan tetapi tidak mendapat peluang dan saya pula bercadang untuk belajar sehingga PhD.
Saya merupakan graduan sains forensik dan pelbagai subjek saya belajar semasa peringkat ijazah sarjana muda. Salah satu subjek yang menjadi kegemaran saya ialah kriminiologi dan psikologi forensik. Pada penghujung semester akhir semasa bachelor degree, saya mula membuat proposal untuk PhD saya kerana saya mempunyai peluang yang cerah untuk membuat PhD tanpa membuat masters. Saya juga telah mencari seorang penyelia untuk PhD saya. Pada waktu itu, saya dan rakan baik saya iaitu Pn Nadiah bercadang untuk mengikuti PhD di bawah penyelia yang sama.
Alhamdulillah, selepas mendapat four flat ketika semester akhir, saya layak untuk membuat PhD di bawah fast track mode. Saya juga telah membentang proposal saya dengan penyelia di mana kajian saya adalah tentang profil banduan kes bunuh. Kajian yang pertama di Malaysia yang telah dilakukan dalam kalangan hampir 100 banduan kes bunuh. Untuk beberapa minggu yang pertama, saya dan rakan saya mendapat seliaan yang baik dan kami sentiasa dipantau. Saya sangat bersyukur ketika itu kerana kami dilayan dengan sangat baik dan perjalanan kami sangat ‘smooth’.
Lama-kelamaan, perjalanan kami menjadi semakin sukar. Hampir setahun kami hanya mampu membuat pembetulan sahaja. Pembetulan demi pembetulan dan nampaknya pembetulan yang disuruh adalah seperti mana yang kami buat sebelumnya (A tukar kepada B, seterusnya diminta tukar kepada C, dan seterusnya tukar kepada A). Walaupun banyak pembetulan, kami berdua menganggap itu adalah part and parcel of PhD. Saya kurang mendapat pujian dan kadang kala dilontarkan dengan beberapa komen negatif oleh penyelia tersebut. Mungkin penyelia itu menganggap saya hanya pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan bukannya dari segi penyelidikan. Saya mula membaca banyak buku-buku kriminologi, buku metodologi penyelidikan dan sentiasa menghadirkan diri ke bengkel-bengkel penulisan tanpa disuruh oleh penyelia saya.
Saya juga mendapat komen dan nasihat daripada pensyarah lain bahawa saya perlu diselia oleh penyelia lain atas beberapa isu. Tetapi saya masih degil kerana saya tetap hendak membuat PhD di bawah seliaan beliau dan saya juga menganggap bahawa ia adalah satu tanda biadab kalau saya tukar penyelia selepas beberapa bulan walaupun komen daripada pelajar lain (dibawah seliaan penyelia yang sama) tentang penyelia tersebut adalah sangat tidak baik.
Hampir setahun telah berlalu, tiada progress. Saya hanya dapat buat Bab 1 sahaja kerana bab 1 telah dibetulkan lebih daripada 15 kali. Setiap kali saya pulang dengan pembetulan dan setiap kali saya mendengar beberapa lagu motivasi untuk kekalkan momentum saya. Alhamdulillah, rakan-rakan saya sangat membantu dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya. Thanks Pugnes Neswa Santhiya Valautham Shaalini Devi Ganesar.
Walaupun perjalanan PhD saya tidak indah, tetapi saya TIDAK pernah berfikir untuk quit.
Selepas setahun, perjalanan saya dan rakan saya menjadi lebih sukar dan mencabar apabila penyelia membandingkan kami berdua. Apabila saya minta geran dan pusat pengajian sanggup membantu dari segi kewangan, penyelia saya tak nak mohon geran. Beliau minta saya untuk menggunakan duit biasiswa saya. Saya juga diberitahu agar ‘jangan makan banyak dan kenalah jimat cermat’ dan sebagainya. Ketika itu saya tidak boleh menerima kenyataan itu daripada penyelia saya. Saya juga meminta Dr Geshina Ayu Mat Saat untuk dijadikan sebagai penyelia bersama dan permintaan saya ditolak.
Artikel-artikel yang saya dan rakan saya tulis diminta untuk membayar menggunakan duit poket sendiri. Yuran proorfreading dalam USD kena bayar menggunakan duit sendiri. Dan yang saya paling tidak boleh tolerate ialah apabila saya diminta untuk mengeluarkan nama rakan saya Pn Nadiah Nadeea Syariani sekiranya beliau tidak boleh membayar yuran jurnal. Pn Nadiah telah contribute hampir 40% dalam artikel itu. Waktu itu saya berfikir mungkin saya juga akan mengalami nasib yang sama pada suatu hari nanti dimana nama saya sebagai author mungkin dikeluarkan sekiranya saya tidak dapat menampung bayaran jurnal.
Kami berdua dilema dan kami tidak tahu nak buat apa. Tibalah satu hari di mana rakan saya memberitahu bahawa beliau akan menukar penyelianya kepada Dr Geshina. Saya amat terkejut dengan keputusan beliau dan saya berasa serba salah untuk menukar penyelia saya kerana hampir satu tahun telah berlalu. Saya minta pendapat beberapa rakan baik dan pensyarah saya dan saya juga dinasihati untuk menukar penyelia tetapi hati saya tidak membenarkannya.
Saya hanya diberi satu malam sahaja untuk membuat keputusan kerana keesokan harinya rakan saya akan berjumpa dengan penyelia tentang isu pertukaran penyelia. Saya balik bilik dan saya hanya dapat berdoa sahaja. Saya telah serahkan kepada Yang Maha Esa agar saya dapat petunjuk. Malam telah berlalu dan pagi mula muncul. Saya masih dalam dilema dan tidak tahu nak buat apa. Saya tidak mendapat apa-apa petunjuk dari Maha Esa.
Selepas mandi dan berpakaian kemas, saya mula berjalan ke kampus. Jarak dari bilik hostel (luar kampus) ke kampus adalah lebih kurang 1KM. Saya berjalan slow dan sambil berfikir apa yang saya perlu buat. Saya kena berjumpa dengan rakan saya dan perlu memberitahu keputusan saya. Sewaktu saya nak pijak kaki saya ke kampus, saya terdengar bunyi hon kereta honda sivik. Saya terhenti sekejap dan pandang ke arah kereta tersebut. Cermin kereta diturunkan dan individu yang ada dalam kereta itu ialah Dr Geshina. Saya telah menggunakan jalan yang sama untuk hampir satu tahun dan saya tidak pernah jumpa Dr Geshina di spot itu. Dr Geshina ajak saya masuk dalam kereta dan drop saya di bilik siswazah dan memberitahu ‘Good Luck for your phd and do let me know if you need any help”
Selepas saya turun dari kereta tersebut, mata saya mula berair sebab saya tahu itu adalah petunjuk dari Maha Esa. Dr Geshina is the person!!! Tanpa berfikir panjang, saya merakamkan terima kasih kepada yang Maha Esa dan terus bergegas ke bilik siswazah dan memberitahu rakan saya bahawa saya juga akan menukar penyelia kepada Dr Gesh. Kami jumpa penyelia lama dan selepas mendapat sokongan daripada pihak kedekanan dan pensyarah-pensyarah lain, kami berjaya menukar penyelia kami.
And from chapter 1, saya devote my days and night untuk menghabiskan PhD saya dalam masa 2 tahun agar layak mendapat GOT dan mengharumkan nama pusat pengajian. Alhamdulillah, with my parents blessings, HIS blessings, support from supervisors and my beloved lecturers, friends, saya dapat menghabiskan PhD dalam 4 semester (2 tahun selepas di bawah seliaan Dr Gesh) dan mengenggam segulung ijazah dalam semester yang ke 7 dan mendapat Anugerah GOT (Compeletion of PhD on time) dan saya juga menjadi pelajar PhD yang pertama (Local student category) yang memberikan KPI kepada pusat pengajian dengan mendapat anugerah GOT.
Kepada semua rakan-rakan di sana, sekiranya anda bersusah sekarang, anggaplah ia adalah untuk kebaikan dan akan menjadikan anda seorang insan yang lebih hebat. Apa yang anda sedang lalui sekarang pasti ada hikmahya. Jangan give up… Jangan menganggap PhD ini susah, phd memerlukan hardwork, passion, discipline dan atitude.

Sumber :  Rahim Munna

Daripada : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL