no comments

TIPS TULIS TESIS DENGAN 3C – CLEAR, CONCISE, CONSISTENT

TIPS TULIS TESIS DENGAN 3C – CLEAR, CONCISE, CONSISTENT

Membaca tesis pelajar memerlukan kekuatan luar dan dalam, jiwa dan minda. Masakan tidak, nak memaksa mata terbuka dan minta berfikir bukan senang. Oleh itu, sayugia sukalah saya memberi sedikit tips supaya janganlah hendaknya ada pelajar yang menulis tesis yang memeningkan kepala pembaca. Menulis tesis bukan macam menulis blog, ikut rasa dan giler-giler. Menulis ayat dalam tesis sebenarnya jauh lebih mudah. Tak caya, perhatikan petikan ayat berikut.

Petikan
Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha kerajaan meningkatkan keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan.

Ayat dalam petikan di atas sungguh canggih dan menjadi kegemaran pelajar dalam menulis tesis. Inilah antara kesilapan pelajar yang menjadikan tesis alat memeningkan kepala pembaca. Kononnya jika tak tulis panjang-panjang, ayat tak canggih maka tak sampai tahap Master atau PhD. Ini salah konsep!

Menulis ayat dalam tesis sangat mudah – clear, concise dan consistent, bukannya panjang menjela tapi pembaca teraba-raba maksud yang ingin disampaikan. Baca dengan teliti.

1. Clear
Jelas apa yang nak anda sampaikan, direct to the point. Jika nak ke KL, katakan ke KL, jangan berbelit-belit kata nak ke Kuala Lipis dulu then ke Kuala Langat baru nak ke Kuala Lumpur.

Ayat di atas boleh di”clear”kan seperti berikut:

Kaedah pembelajaran berbantu komputer berpotensi meningkatkan keseronokan pelajar dalam mempelajari suatu konsep sains yang sukar.

2. Concise
Menulis dengan ringkas, gunakan perkataan yang perlu sahaja, jangan hiasi dengan pelbagai adjectives dan adverbs dan kata-kata berpuitis yang tidak perlu. Kalau dah jiwang sangat, tulis ler sajak ke, puisi ke, dan hantar kat blog drotspss! Perkataan yang bergaris di bawah sebenarnya tidak perlu dan patut dibuang sahaja. Macam perempuan terlebih mekap, bukan tambah cantik, tapi hu hu. Menakutkan!

Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi rasa keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan.

3. Consistent
Jangan tulis tanpa berfikir. Perhatikan perkataan bergaris yang tidak konsisten antara murid-pelajar dan sekolah- semua peringkat pendidikan.

Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha meningkatkan keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan.

Jika anda guna pelajar, gunakan istilah yang di seluruh tesis anda. Jangan kejap tulis pelajar, kejap guna murid, kejap para pelajar, kejap murid-murid, kejap penuntut. Poning lah pembaca tesis anda!

Sumber : Dr. Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL