Tips Menghadapi VIVA

Sesi soal jawab ini bergantung kepada examiner. Ada yang mengambil masa selama 2 jam hingga 4 jam. Ada juga yang berhenti rehat dahulu, dan bersambung selepas lunch hour. Pengalaman seorang kawan saya yang belajar di US dahulu, sesi VIVA beliau mengambil masa selama 2 hari berturut-turut. Bayangkan bagaimana perasaan beliau.
3. Setelah selesai segala proses perbentangan dan soal jawab, maka calon akan diminta keluar untuk kali kedua.
4. Setelah 15-30 min, calon akan dipanggil dan keputusan VIVA akan diumumkan.
5. Setelah keputusan telah diketahui, maka berakhirlah sesi VIVA untuk hari tersebut dan sedikit jamuan akan dihidangkan.
6. Pulanglah calon dengan perasaan gembira dan syukur kehadrat ILAHI kerana sudah lulus dengan cemerlang.
Setelah pulang, maka proses correction akan bermula. Dan setelah itu, bolehlah menghantar tesis tersebut kepada senate. Setelah surat senate telah dikeluarkan, maka berakhirlah sesi pengajian tersebut.
Tips Menghadapi VIVA:
1) Kenali siapakah gerangan panel examiner anda. Bagaimanakah beliau. Bidang kegemaran beliau.
2) Fahami ke semua ceruk/ pelusuk tesis anda.
3) Slide powerpoint ringkas dan padat. Dalam lingkungan 20-30 slide. Targetkan masa 1 slide, tidak lebih 1 min.
3) Cuba sediakan soalan2 yang mungkin akan di soal oleh examiner. Kebiasaanya soalan yang lebih berkisar tentang problem dan contribution.
Antara website yang saya jadikan sebagai panduan sebelum VIVA:
http://www.theguardian.com/higher-education-network/2015/jan/08/how-to-survive-a-phd-viva-17-top-tips
https://wahmednano.wordpress.com/2012/02/28/my-top-20-phd-viva-questions-18/
http://pages.cpsc.ucalgary.ca/~saul/wiki/uploads/Chapter1/NastyPhDQuestions.html
http://alekskrotoski.com/post/phd-viva-answers-to-a-few-questions
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1079624/
http://www2.le.ac.uk/departments/gradschool/training/eresources/study-guides/viva/prepare/questions
4) Ketahui juga artikel-artikel terbaru yang dipublish di journal2.
5) Cuba jawab sebaik mungkin apa yang disoal oleh examiner. Jikalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan reka.
6) Relaxkan minda dan enjoy ketika sesi ini berlangsung.
Remark:
Walaupun, pencatat dan pengerusi sepatutnya tidak akan mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab, tetapi anda perlu ingat. Pencatat dan pengerusi dilantik dari kalangan orang dalam bidang anda. Maka, jika sudah di namakan majlis ilmu, maka perkongsian idea, cetusan2 idea dan sesi soal jawab antara mereka akan tercetus juga.
dan last skali
Berdoalah pada Allah, semoga dipermudahkan segala-galanya. Diberikan kejayaan. InsyaAllah. Amin