Tips Memohon Kerja Melalui JobStreet
Nota Editor: Tips yang dikongsikan oleh Coach Penulisan CV, Ameirul Azraie ini adalah berkenaan tips pitching ketika memohon kerja melalui jobstreet.com.
Pasti ramai antara kita yang menggunakan jobstreet.com untuk memohon kerja secara atas talian. Sekarang, sekiranya anda ingin memohon jawatan yang diiklankan dalam JobStreet, anda dinasihatkan make your pitch! (lihat gambar dibawah)
Contohnya, jawatan Business Development Analyst yang saya iklankan di JobStreet ini telah menerima beratus-ratus permohonan, tetapi hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang pitch.
Dari 5 hingga 10 peratus permohonan yang pitch, hanya 1 hingga 2 peratus sahaja yang pitching dengan menarik. Gambar dibawah menunjukkan contoh bagaimana recruiter menerima e-mel permohonan anda. Apabila anda pitching, pitching tersebut akan di highlight dalam kotak biru.
Sekiranya anda pitching dan anda menulis pitch yang spesifik untuk kerja yang dipohon, saya yakin permohonan anda akan menarik perhatian recruiter yang menerima permohonan anda.
Apa penting adalah pastikan competencies anda sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk meningkatkan peratusan anda dipanggil untuk ditemuduga.
Pemburu kerja yang bijak akan mengambil masa untuk pitching kerana ramai yang ambil mudah perkara ini.
Jadilah pemburu kerja yang hebat dan bijak!
Harap diamalkan untuk pemburuan kerja yang akan datang.
Baca: Petua Permohonan Biasiswa Untuk Pengajian Luar Negara
Baca: 5 Petua Permohonan Kerja Melalui E-mel Yang Sering Diambil Ringan. #2 Paling Kerap Berlaku
Tips yg sngt berguna..tq coach cv Ameirul Azraie
salam tuan Ameirul Azraie. saya pelajar lepasan stpm 2014 dan belum ada rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. saya ingin cuba memohon pekerjaan melalui jobstreet . saya ingin minta nasihat tuan cara untuk memohon pekerjaan bagi lepasan stpm. terima kasih