no comments

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN METODOLOGI ARTIKEL SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting sekali dan ia adalah asas yang membezakan antara systematic review dan traditional review(concept paper).. dan teknik penulisan metodologi systematic review adalah TOTALLY LAIN dengan penulisan data empirical.. Pandai2 je siapa yang kata sama tu ye, suruh nek pah cubit nanti, tau la..

Ada macam2 gaya penulisan metodologi ni, aku kongsikan cara aku.. nak rujuk Alhamdulillah, taknak, takpe, manusia sentiasa ada pilihan..

GARIS HITAM – sedikit pengenalan tentang content included dalam bahagian metodologi ni

GARIS MERAH – menyatakan dan menjelaskan tentang preferred reporting items yang digunakan.. reporting items ni macam guidelines la yang korang rujuk untuk buat systematic review.. ada beberapa jenis, antara yang paling kerap org gunakan ialah PRISMA.. reporting items ni byk disediakan untuk medical dan health punya bidang, jadi kau kena pandai relatekan ia dengan bidang kajian kau..

GARIS HIJAU – Nyatakan database yang kau guna untuk cari artikel.. berapa banyak? sangat subjektif soalan ni.. tapi kalau ikut Young (2013), lagi banyak lagi bagus.. cuma, kalau ikut observation aku, kebanyakan artikelsystematic review ada dua database ni Scopus dan Web of Science.. Dalam bahagian ni, kau kena nyatakan kelebihan database yang korang pilih.. tak salah kalau korang nyatakan jugakan kelemahan database tersebut..

GARIS BIRU – bahagian ni menjelaskan tentang kriteria yang membolehkan kau menerima atau membuang artikel dari your review consideration. Siapa yang tetapkan kriteria ni? kau sendiri , sebab kau yang nak buat review.. kalau takde idea, kau boleh rujuk kajian lepas, tengok macam mana depa tetapkan kriteria berserta dengan justifikasi mengapa kriteria tersebut dipilih..

GARIS BIRU MUDA – bahagian ni kau terangkan pasal systematic reviewproses.. ada empat bahagian, iaitu identification, screening, eligibility dan analysis..dekat bahagian ini juga kau akan masukkan your search string.. Mana nak belajar search string ni? Kau google tiga benda basic ni.. search phrase, wild card and truncation..

GARIS KELABU – yang ni kau terangkan pasal data analysis yang kau gunakan.. untuk starter macam aku, aku nasihatkan gunalah teknik qualitative – thematic analyses.. sebab ia lebih mudah difahami.

Diakhir bahagian ni.. kita wajib masukkan our flow diagram untuk memudahkan pemahaman pembaca tentang our proses retrieve data..

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL