no comments

Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Menggapai gelaran ‘Doktor Falsafah’ bukanlah semudah ianya disebut. Tentunya perjalanannya tidak mudah dan perlu segala cabaran perlu dilalui dengan hati membulat tekad.

Perkongsian daripada Eksekutif Persatuan Kaunseling & Psikologi MARA Malaysia, Dr Zulkifli Hussain menceritakan bagaimana pasangan anak muda ini melaluinya sebelum mereka berjaya menggapai peringkat tertinggi dalam bidang akademik ini.

Dr Siti Nadjiha Mohd Rozali dan suaminya, Dr Mohamad Aiman Jamsari merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menunjukkan kecemerlangan sejak bangku persekolahan lagi dengan meraih keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Dr Zulkifli, kedua-dua bekas pelajar MRSM itu kemudiannya mendapat tempat di universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan.

Menggunakan keputusan percubaan SPM, Aiman dan Nadjiha berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation pada 2011 sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah. Aiman melanjutkan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL MFI manakala Nadjiha dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UniKL MICET untuk tahun pertama pada 2012 dan tahun kedua-keempat di The University of Auckland, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Lebih manis lagi apabila kedua-duanya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian. Dr Mohamad Aiman memperolehi Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Bachelor of Engineering in Mechanical) manakala bagi Dr Siti Nadjiha menerima segulung ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Chemical and Materials). Turut membanggakan apabila Nadjiha terpilih untuk menerima Anugerah Kepujian Dekan (Dean’s Honours Award).

Setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda, mereka melangsungkan perkahwinan sebelum menyahut cabaran pengajian pascasiswazah dalam menggapai peringkat tertinggi akademik iaitu doktor falsafah (PhD).

Mereka berdua pulang ke Malaysia dan berkahwin selepas selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan kedua-duanya pulang semula ke New Zealand untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan kerajaaan New Zealand.

Aiman dan Nadjiha berjaya menghabiskan PhD dalam tempoh masa tiga tahun. Aiman kini bekerja di Plant & Food Research di mana dia mengetuai tim kejuruteraan dalam mengendalikan beberapa projek manakala Nadjiha kini bekerja sebagai jurutera di Fonterra, New Zealand iaitu syarikat pengeluaran tenusu terbesar di dunia.

PhD adalah ijazah tertinggi dalam dunia akademik. Sudah tentulah prosesnya agak sukar. Persiapan dan persediaan amat penting untuk melepasi segala proses dan halangan.

Kejayaan mereka berdua untuk menggenggam PhD di Usia muda tentunya bukan calang-calang. Semoga ia dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada ramai belia yang lain.

Nyata terbukti perkahwinan dan memiliki cahaya mata bukan penghalang untuk menggapai kecemerlangan akademik sehingga ke peringkat tinggi. Syabas dan tahniah buat Dr Mohamad Aiman dan Dr Siti Nadjiha.

Sumber : Dr Zulkifli Hussain

Daripada : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL