no comments

SPSS : PUTARAN DALAM ANALISIS FAKTOR : VARIMAX ATAU PROMAX

Analisis dalam kaedah promax menghasilkan putaran struktur yang lebih mudah berbanding varimax, khususnya apabila ciri-ciri pemboleh ubah pendam (latent) adalah berkolerasi tinggi (McLeod et al ., 2001)

Mc Donald (1997) mencadangkan jenis putaran oblique lebih sesuai kerana dalam aplikasi sebenar, jarang untuk menemui setiap faktor dalam kajian tidak berkolerasi antara satu sama lain.

De Vellis (2003) pula dalam kajiannya mencadangkan apabila korelasi antara faktor adalah <0.15, jenis orthogonal lebih baik, sebaliknya jika lebih r> 0.15, maka jenis oblique adalah sesuai

Kieffer (1998) pula mencadangkan menggunakan kedua-dua orthogonal dan oblique, kemudian kedua-dua keputusan yang sama atau tidk banyk beza, orthogal boleh digunakan. Namun jika terdapat banyak perbezaan, pendekatan oblique lebih sesuai.

(Johnson & Wichem, 2002 ; McDonald, 1997; Tabachnick & Fidell, 2001) secara umumnya mencadangkan bahawa ika pengkaji percaya bahawa faktor tersembunyi (underlying factor) adalah berkolerasi antara satu sama lain, jenis oblique harus digunakan.

Namun berdasarkan cadangan-cadangan penulis terdahulu, tiada kajian yang betul-betul menguji sejauh mana pencapaian pendekatan orthogonal mahupun oblique mengikut kajian tertentu.

Oleh kerana, putaran faktor tidak mengubah penyuaian (fit) sebenar penyelesaian dalam analisis faktor tiada satu kaedah yang ada boleh dikatakan lebih baik berbanding yang lain. Sebaliknya, setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurngan yang unik, di mana sesuatu pendekatan tersebut mungkin lebih sesuai dalam sesetengah keadaan,kajian tertentu

Sumber :

Finch, H. (2006). Comparison of the Performance of Varimax and Promax Rotations: Factor Structure Recovery for Dichotomous Items. Journal of Educational Measurement, Vol. 43, No. 1 (Spring, 2006), pp. 39-52

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL