Soalan-soalan Potensi Untuk Viva PhD
PETUA PASCASISWAZAH
29/11/2018
- Kenapakah anda memilih tajuk kajian ini?
- Ringkaskan tesis anda.
- Ringkaskan tesis anda dalam satu ayat.
- Apakah pandangan anda mengenai perubahan tajuk penyelidikan ini?
- Apakah benang idea yang berperanan mengikat keseluruhan bab dalam tesis anda?
- Apakah motivasi dan inspirasi anda untuk menjalankan penyelidikan ini?
- Apakah isu utama yang menjadi perbahasan dalam kajian ini?
- Mengapa penyataan masalah (problem statement) kajian ini sesuatu yang penting untuk ditangani?
- Apakah objektif penyelidikan anda?
- Mengapakah anda menentukan objektif ini dalam kajian anda?
- Apakah pengaruh kuat yang menyumbangkan pembangunan subjek kajian anda dalam konteks kerangka teoritikal, konseptual dan praktikal?
- Kenapakah teori ini dipilih dalam kajian anda?
- Adakah teori ini sesuai digunakan dalam kajian ini?
- Kemukakan tiga kertas kerja/jurnal yang paling penting dan berkaitan dengan tesis anda.
- Yang mana penerbitan oleh para pengkaji sedia ada boleh dikatakan hampir dengan kajian anda?
- Bagaimana kajian (kertas kerja/jurnal) anda berbeza dengan kajian (kertas kerja/jurnal) pengkaji-pengkaji lain yang telah diterbitkan?
- Apakah sejarah yang menjadi latar belakang subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
- Bagaimana kajian anda mempunyai kaitan dengan sejarah yang menjadi latar belakang kajian anda?
- Apakah perkembangan terkini subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
- Bagaimana persoalan kajian anda boleh muncul?
- Apakah keputusan penting anda dalam melakukan penyelidikan ini?
- Mengapakah anda menggunakan kaedah penyelidikan ini?
- Apakah yang anda perolehi daripada kaedah penyelidikan ini?
- Apakah ada kaedah lain yang turut boleh digunakan dalam kajian ini?
- Jika ada kaedah lain, kenapa? atau Jika tidak ada kaedah lain, kenapa?
- Bagaimanakah anda menangani implikasi terhadap etika penyelidikan anda?
- Bagaimanakah anda menilai penyelidikan anda?
- Bagaimana anda tahu bahawa penemuan kajian anda adalah betul?
- Apakah aspek yang paling kuat dan/atau bahagian paling lemah dalam penyelidikan anda?
- Apakah kemahiran penyelidikan anda bertambah baik?
- Sejauh manakah sumbangan penyelidikan anda kepada masyarakat?
- Siapakah yang akan berminat dengan penyelidikan anda?
- Apakah hubungan penyelidikan anda dengan para penyelidik yang lain?
- Apakah perkaitan penyelidikan anda dengan para pengamal profesional?
- Aspek penyelidikan yang mana anda bercadang untuk menerbitkan?
- Di mana anda bercadang untuk menerbitkannya?
- Ringkaskan hasil penemuan utama anda.
- Antara hasil penemuan kajian ini, yang manakah paling menarik bagi anda?
- Mengapakah hasil penemuan kajian tersebut menarik bagi anda?
- Apakah implikasi penemuan kajian terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
- Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda turut berkait rapat dengan sorotan karya (kajian lepas) dalam bidang anda?
- Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda memberi kesan kepada teori sebagai alat analisis kajian?
- Apakah sumbangan tesis anda kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu pengetahuan?
- Berapa lamakah jangkaan sumbangan tesisi ini?
- Apakah pencapaian utama kajian anda?
- Apakah jangkaan anda (pada masa akan datang) terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
- Apakah yang telah anda pelajari dari proses penyelidikan dan penyediaan tesis PhD anda?
- Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada pelajar penyelidikan yang memasuki alam PhD?Anda mencadangkan kajian akan datang dalam tesis anda. Bagaimana anda akan memulakan kajian pada masa akan datang?
- Apakah perkara yang akan menjadi kesukaran kepada perkembangan penyelidikan pada masa akan datang?
- Akhirnya, apakah yang telah anda lakukan yang mewajarkan anda layak memperolehi PhD?
Sumber Fyda Ameen
Dari Team MPWS
KOMEN ANDA