no comments

SELAMAT HARI RAYA POSTGRADUATE 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada seluruh pascasiswazah Malaysia yang dikasihi.

1. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

2. Ketibaan Syawal kali ini memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Semoga kita dapat rebut peluang ini dengan sebaik-baiknya bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan institusi kekeluargaan.

3. Harapannya juga agar dengan kedatangan Syawal kali, kita akan saling bermaafan, di samping ianya dapat menyemarakkan persahabatan, persefahaman dan kasih sayang antara kita.

 

4. Kami berdoa agar kita sentiasa kekalkan ukhuwah, semangat setiakawan serta kerjasama dan semoga kita sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk membantu lebih banyak pascasiswazah diluar sana.

5. Iringan doa kami sentiasa kepada semua pejuang pascasiswazah di Malaysia, teruskan usaha, jangan mengalah. Berjumpa sanak saudara usah sakit hati jika ada bertanya bila nak siap PhD. Tanyakan kembali sudikan mereka mendoakan kemudahan kepada kita untuk menghabiakan pejuang PhD.

6. Kepada semua pascasiswazah dan pelanggan MPWS yang pulang ke kampung halaman dan kemudiannya akan kembali selepas hari lebaran, (ehh silap tahun ni kan tak dapat balik kampung😅) kami doakan semoga semua selamat dalam perjalanan dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita hendaknya, Aamiin.

 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Daripada:

Team MPWS

Salam Aidilfitri 2020
#pejuangphd
#malaysianpostgraduateacademy
#mpws
#stayathome
#lepasrayakitasambungtesis
#Covid-19

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL