no comments

Saiz sample minimum untuk menganalisis SEM

Terdapat perdebatan yang tidak berkesudahan dalam literatur tentang saiz sample yang diperlukan untuk menggunakan kaedah SEM. Walau bagaimanapun, tidak ada jawapan yang jelas kepadanya kerana setiap penyelidikan adalah berbeza dari segi ciri populasi serta bilangan konstruk yang digunakan dalam model. Hair et al. (2010), mencadangkan bahawa saiz sampel minimum bergantung kepada kerumitan model dan ciri-ciri model pengukuran konstruk itu.

Ciri-ciri Model (Bilangan konstruk dan item pengukuran) Sampel Minimum Diperlukan
1- Lima atau kurang daam model. Setiap konstruk mumpunyai lebih daripada tiga item pengukuran. 100 sampel
2- Tujuh atau kurang konstruk dalam model. Setiap konstruk mempunyai lebih daripada tiga item pengukuran. 150 sampel
3- Tujuh atau kurang konstruk dalam model. Terdapat beberapa konstruk mempunyai kurang daripada tiga item pengukuran 300 sampel
4- Lebih daripada tujuh konstruk dalam model. Terdapat beberapa konstruk mempunyai kurang daripada tiga item pengukuran. 500 sampel

Sumber Zainudin Awang

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL