no comments

Problem Statement – Definition

 

Definisi “Problem” yang patut difahami secara sempoi berkaitan research. Research problem / Problem Statement adalah satu kewajipan dalam research dan penulisan thesis. Bagi memudahkan anda faham dan tidak sentiasa confused…. Meh aku definisikan “problem” dulu sebagai….

“Problem” is anything that prevents you from reaching / getting / accomplishing your goal.

  1. Anda nak buang air…. toilet berhampiran rosak – “problem” sebab hajat anda tidak tercapai ! Anda pun buat OBSERVATION untuk mencari tandas lain yang available.
  2. Anda ingin mengetahui factor yang menyumbang ranking buruk 55/65 Malaysia dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), maka anda hadapi “problem” kerana tiada info yang diketahui. Maka andapun buatlah KAJI SELIDIK untuk diisi oleh guru sains / Maths.
  3. Anda ingin tahu pemikiran tokoh ulama kontemporari terhadap pergolakan di Timor Tengah… tapi anda hadapi “problem” sebab hanya bahan pemikiran ulama silam sahaja yang ada… maka anda membuat INTERVIEW tokoh2 ulama contemporary untuk dibukukan.
  4. Anda ingin mengetahui sama ada heart beat dapat dijadikan indicator meramal emosi. Ini satu “problem” yang cuba anda selesaikan. Maka anda pun membuat EKSPERIMEN menggabungkan pengetahuan kejuruteraan dan perubatan untuk menghasilkan satu prototype.

Perkataan OBSERVATION, KAJI SELIDIK, INTERVIEW, EKSPERIMEN dalam petikan di atas adalah satu ciri “research”. Tentulah research tersebut perlu disesuaikan dengan tahap “problem” yang cuba diselesaikan.

Problem dalam konteks akademik secara santai…. adalah apa sahaja “halangan” untuk mencapai TUJUAN MENGETAHUI sesuai yang boleh diselesaikan dengan membuat RESEARCH…. maka wujudlah Pernyataan Masalah aka Problem Statement.

SUMBER: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL