Perbezaan Antara Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan
KAJIAN KUANTITATIF
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
- Kajian Deskriptif
- Kajian Korelasi
- Causal Comparative
- Kajian Eksperimental
KAJIAN KUALITATIF
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kualitatif:
- Kajian Tindakan
- Kajian Kes
- Kajian Lapangan
- Analisis Dokumen
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF
i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Data berbentuk angka yang boleh diukur. | Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. |
ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. | Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. |
iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. | Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. |
iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. | Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. |
v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. | Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. |
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.
RUJUKAN
Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024
Pautan asal – http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html