no comments

Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

“Tuan, bisa mungkinkah saya mengenakan tanjak tradisional saya semasa sidang kedua?” ujarku lembut mengaju tanya kepada Sang Proktor Kolej.

Semangat yang mulia tidak pernah sesekali mengajar seorang Muslim untuk menidakkan hormatnya pada majlis keraian keramaian. Begitu spirit sabdaan Baginda ar-Rasul SAW. Kehidupan seorang Muslim perlu hikmah pada setiap masa dan ketika.

“Yes sure. That’s lovely. It must be from Indonesia..”

“Oh, tidak. Saya orang Melayu dari Malaysia!”, ujarku kembali bersemangat. Ada rasa bangga menjalar lewat pembuluh darah.

***

Harapnya menjadi yang pertama dan satu-satunya barangkali semenjak sejarah penubuhan Oxford. Memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsaku dalam majlis berprestij sebegini. Sungguh. Ia bukan kerana populariti.

Kerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Samada malu atau memang tidak mahu. Samada ragu atau memang dalam keliru.

Bisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.

Namun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan Ilahi nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini. Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa hebat yang saban hari dipersoalkan ini. Lantas memberikan takrifan yang sewajarnya..

Bak kata pujangga, benih yang baik itu jika ditabur ke laut menjadi pulau, ditebar ke langit menjadi bintang, dicampak ke hutan menjadi gunung.

Di kala rakan graduasi memilih hanya memegang mortar board, ianya tidaklah semudah bicara tatkala menanam azam untuk menunjuk isyarat buat seisi dunia. Bahawasanya frasa Melayu takkan pernah hilang sama sekali dari dunia adalah satu falsafah yang dalam mengakar. Sebak tatkala melangkah masuk ke dewan teater Sheldonian yang bersejarah. Perjuangan 10 tahun yang terbeban di atas pundak bahu terasa terangkat seketika. Hanya Allah SWT yang tahu akan perasaannya.

Selebihnya, biarkan lukisan alam mencipta cerita..

***

Menunjuk jalan membangun peradaban,
Mengangkat warisan zaman berzaman,
Oxford ku tinggal dalam bingkisan,
Biar diingat rakan dan lawan…

Salam Juang!

Sumber: Dr. Khair Razlan Othman
Dari: Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL