Pemilihan artikel: Antara Mengancam dan Terancam !!
Bro….. aku nak tanya pendapat ko lah tentang artikel on-line yang aku jumpa ni…. sebijik dgn tajuk yang aku nak buat…
Ko buat apa?
Samalah dgn tajuk artikel tu…cuma aku punya nak uji model dgn SEM / AMOS.
Mana dia artikel tu…?
Aku lampirkan secara ringkas sahaja…. artikel ini tak dipublish tapi kuar on-line…. berikut aku ringkaskan jer…
Tujuan kajian:
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji variable P dan Q di kalangan pelajar di satu fakulti sebuah IPTA. Kajian ini menggunakan soal selidik mengikut satu kerangka theoretical XYZ (1970an). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persampelan bukan rawak.
Secara ringkas…..
Dapatan: Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor X adalah faktor utama dalam variable P dan Q dan P dgn nilai purata min bagi faktor ini adalah 3.44….Keputusan kajian juga menunjukkan hanya 30.0 % responden sahaja yang menunjukkan kesepadanan antara variable P dan Q.
Ko kena ingat….artikel sebegini tidak salah malah ianya satu hasil kerja yang baik dan dapat membantu pengkaji muda yang lain utk membacanya. Cuma kajian sebegini kurang sesuai dirujuk oleh pelajar yang membuat kajian yang lebih mendalam…. khususnya diperingkat PhD…..itu sahaja.
Banyak ler analogi ko….ingat aku ni Sasterawan negara ker?
Ala…. bagilah supaya aku faham….
Emm…. terliur pulak tengok ducati tu…..nak kena abiskan cepat PhD ni…. boleh sambar satu ducati bro…brommmm…
Jadi bro…. memang maklumat dihujung jari…. dunia tanpa sempadan….langit terbuka….notebook makin murah….. unifi pun dah ada diskaun…. tetapi PLEASE……………pilihlah apa yang ada dihujung jari dan letakkan lah sempadan dalam pemilihan citation bila menulis thesis….
Merujuk apapun artikel on-line tidak salah cuma ko kena prihatin kesesuaian artikel tersebut dgn kedalaman thesis yang ko sedang jalankan….
Ye ker ….
Tak cukup dengan analogi… meh aku bagi satu simulasi pulak……
Ni yang aku suka ni… siap simulasi lagi…..
Katakan ada dua artikel berkaitan Creativity and Science Education yang ko nak jalankan ada dalam artikel online iaitu artikel projek tahun akhir pelajar AA (2009) dari Hong Kong dan thesis pelajar undergraduate BB (2010) dari Labenon…dgn analisis data percentage dan frekuensi sahaja.
Ok..ok… then ?
Then boleh lagi ko tulis… “Model yang diperolehi dari analisis SEM / AMOS dalam kajian ini disokong oleh dapatan kajian AA (2009) bahawa……malah model ini juga selari dengan dapatan kajian ini BB (2010) yang menunjukkan bahawa……” sedang analisis kajian ko dgn kajian yang ko rujuk tersebut ibarat langit dgn bumi dari aspek analisis data …..wpun teori yang digunakan mungkin ada persamaan.
Wokey bro….. analogi dan simulasi ko menjelaskan segalanyer…. mekaci bro… aku nak layan web ducati sat….he he….
Wokey….
Sumber : Blogspot Dr.Othman Talib