no comments

Pembinaan Instrumen Kajian

Ujian Kesahan 

Kesahan merupakan konsep yang penting dalam konteks pengukuran sesuatu konstruk. Kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung kepada sejauh mana ia berjaya mengukur apa yang hendak diukur (Azizi Yahya et al. 2017). Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.Ia bermaksud instrumen yang digunakan mestilah sesuai bagi mencapai objektif yangtelah ditetapkan. Oleh itu, instrumen tersebut perlu melalui proses kesahan muka (face validity) dan kesahan kandungan (content validity) bagi menyemak aspek bahasa, struktur dan susunan ayat yang sesuai ataupun tidak dengan komponen dalam pengukuran dan maksud item-item yang ditanya.

Kesahan Kandungan (content validity)

  • Sejauh mana sesuatu ujian merangkumikandungan yang hendak dinilai.
  • Ditentukan dengan merujuk kepada persetujuan pakar sama ada item/soalanyang dipilih/dibina itu mewakili kandungan yang hendak diuji
  • Tidak melibatkan prosedur statistik

Kesahan muka – kesahan paling asas

Kesahan konstruk (Construct validity)

  • Konstruk/gagasan ialah konsep abstrak (pencapaian, penguasaan, kerisauan, kecerdasan, kreativiti) yang tidak boleh diukur secara langsung.
  • Boleh diukur melalui ciri-ciri/kesan yang dicerap daripada konstruk tersebut.
  • Melibatkan prosedur statistik.

Kesahan kriteria (Criterion validity)

  • Sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam satu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.

Kesahan ramalan (Predictive validity)

  • Ciri ujian yang berkaitan dengan kebolehan meramal keupayaan/ kelayakan seseorang calon dalam menjalankan tugas pada masa akan datang.

Kesahan serentak (Concurrent validity)

  • Pencapaian seseorang dalam suatu ujian adalah selaras dengan pencapaian terdahulu dalam satu ujian lain yang setara.

 

Sumber: www.scribd.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL