Muslihat Yang Terdapat Dalam Literature Review
Wujudnya Rintangan
- Tidak tahu fakta penting yang harus dipetik daripada sesuatu rujukan
- Masalah penguasaan bahasa saintifik dan Bahasa Inggeris untuk memahami kandungan rujukan
- Masalah memilih rujukan yang sesuai
- Kurang atau tidak memahami objektif penyelidikan dan
- Kelemahan membina ayat saintifik yang sempurna
Kebanyakan calon pascasiswazah yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan sering tertanya-tanya bagaimana hendak menulis kertas cadangan penyelidikan (research proposal). Malah ada juga kurang minat dan lemah kemahiran membaca bahan rujukan mereka! Dalam posting kali ini, beberapa tips dan langkah yang mungkin boleh membantu menyempurnakan literature review terutamanya untuk penulisan saintifik.
Apakah itu Literature Review?
- Memahami bidang kajian dengan jauh lebih mendalam berbanding apa yang telah diajar semasa di peringkat ijazah pertama
- Meneliti perkembangan terkini penemuan dalam bidang yang ingin dipelopori yang boleh menyumbang kepada perkembangan projek
- Mencari jawapan terhadap persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan berkaitan tajuk penyelidikan
- Mencari kaedah atau metodologi terkini atau sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah
- Mengesahkan hipotesis yang dicadangkan masih tidak atau belum sepenuhnya dipelopori, dipelajari, dikaji dan dilaporkan.
Selain daripada kecekapan bahasa dalam menulis literature review, langkah pengurusan rujukan juga tidak kurang penting. Kerana ia boleh membantu pembentukan suatu karangan yang lebih konstruktif, kukuh dengan hujah dan jaringan maklumat. Seterusnya, kita akan bincangkan langkah-langkah pengurusan tersebut.
Mengurus Bahan Rujukan:
- Soal diri sendiri
- Carian maklumat
- Baca dan highlight
- Nilai semula carian
- Kelaskan bahan rujukan
- Lukiskan jaringan antara kata kunci
- Mulakan penulisan
Soal diri sendiri:
Apakah yang perlu disoalkan? Ada masanya dalam bidang sains, persoalan atau hipotesis disediakan oleh bakal penyelia. Dengan demikian ianya lebih mudah. Sebaik sahaja memperolehi persoalan atau hipotesis tersebut, tuliskan soalan atau hipotesis tersebut dengan jelas. Senaraikan dan tuliskan katakunci yang berkaitan. Paling mudah adalah bermula dengan merungkai perkataan di dalam soalan dan mengikut subjek yang hendak dikaji. Catitkan kata-kata kunci meliputi subjek kajian, bahan, kaedah, pencirian, sifat, tinjauan dan sebagainya berdasarkan soalan atau hipotesis yang telah ditulis awal tadi. Sebagai contohnya:
Tip #2: Jika menggunakan frasa dan carian di Google Scholar, parentesis atau tandaan ( ” ) akan membantu supaya carian lebih menjurus dan frasa tidak bercerai kepada beberapa perkataan. Contohnya: frasa dunia sains dan teknologi ditaip sebagai “dunia sains dan teknologi”.
Carian maklumat:
Langkah seterusnya adalah kerja pencarian rujukan menggunakan kata kunci yang kita telah senaraikan tadi. Kini dalam arus media elektronik, kerja pencarian begitu luas dan sungguh mudah dengan dibantu oleh banyak sistem pencarian seperti google scholar, sciencedirect, scifinder dan sebagainya. Tambahan pula, bahan rujukan khususnya artikel banyak di dalam bentuk fail PDF yang boleh dimuat turun secara percuma mahupun langganan. Kita juga boleh mengecilkan pencarian rujukan tersebut di laman web penerbit dengan skop jurnal yang relevan dengan bidang kajian kita. Contoh berikut adalah carian menggunakan Google Scholar:
Tip #2: Namakan semula fail yang telah dimuat turun dengan nama yang mudah untuk dicari semula. Antara saranan nama fail adalah meletakkan nama penulis utama, nama jurnal, tahun diterbitkan dan kata kunci. Ianya terpulang kepada kreativiti dan cara yang difikirkan sesuai.
Baca dan ‘hightlight’:
Tujuan pembacaan adalah untuk mengetahui sama ada bahan rujukan itu relevan atau tidak dengan tajuk dan hipotesis. Katakunci yang dijumpai di dalam artikel boleh dijadikan panduan umum. Tidak dinafikan untuk membaca keseluruhan artikel-artikel yang bertimbun akan lebih menyukarkan. Antara bahagian penting artikel yang memudahkan dan mempercepatkan proses pengasingan (sorting) adalah membaca tajuk, abstrak, objektif dan kesimpulan. Jika menemui sesuatu yang menarik, tentunya kita akan meneruskan pembacaan dengan menyeluruh termasuk metodologi, keputusan dan perbincangan.
Gunakan daya kreativiti untuk menyorot (highlight) fakta, katakunci, frasa dan ayat yang relevan yang boleh menginspirasikan penulisan. Catatkan tajuk, penulis, poin atau frasa yang penting untuk rujukan semasa penulisan literature review nanti. Kaedah lukisan, diagram, persamaan dan sebagainya boleh juga dicatat semula dan sangat membantu dalam pemahaman dan membina ayat. Kaedah catatan secara lukisan dan diagram mampu mencetuskan imaginasi dan hubungkait di antara fakta dari bahan rujukan dengan hipotesis.
Tip #1: Gunakan pena berwarna (highlight pen) dan buku catatan yang khusus untuk tujuan ini. Jika membaca pada fail PDF paparan skrin komputer, gunakan tools yang boleh mambuat markup dan nota.Tip #2: Oleh kerana diperingkat awal tahap pengetahuan asas masih rendah, mengulangkaji buku teks dan buku rujukan dengan topik yang berkaitan boleh membantu meningkatkan pemahaman asas. Terdapat juga laman web yang boleh dijadikan panduan asas tetapi bukan sebagai bahan rujukan. Wikipedia umpamanya boleh memberikan gambaran umum sesuatu subjek kajian.Tips #3: Kamus dwi-bahasa dan kamus teknikal, kedua-duanya merupakan teman baik sepanjang pembacaan bahan rujukan. Kita akan lebih faham isi kandungan dan motif bahan rujukan apabila istilah-istilah yang baru bagi kita difahami dengan baik.
Menilai semula carian:
Penilaian semula carian boleh dilanjutkan kepada persoalan sama ada fakta yang dijumpai dapat membantu mengesahkan hipotesis. Jika jawapannya adalah YA, bagaimanakah fakta dan maklumat itu boleh membantu kita menjawab atau mengesahkan hipotesis? Jika TIDAK, kenapa ia kurang berkaitan dengan projek? Catatkan pendapat-pendapat ini kerana mungkin boleh digunakan semasa penulisan literature review.
Tip #1: Carian menggunakan kata kunci dan istilah yang baru mampu melebarkan skop carian. Lagi banyak senarai kata kunci akan meningkatkan peluang menemui bahan rujukan yang relevan.
Mengkelaskan bahan:
Mengkelasan bahan rujukan adalah umpama aktiviti memfail dokumen. Bahagian ini bergantung kepada cara individu kerana masing-masing mempunyai keselesaan dalam menguruskan bahan rujukan mereka. Urutan kata kunci, jenis, bidang, penulis atau lain-lain kategori boleh digunakan. Bagaimanapun asas utama adalah proses membahagi bahan-bahan rujukan supaya mudah dicari dan ditatap semula.
Kini terdapat perisian yang dapat membantu membina pengkalan data umpamanya EndNote. Ia bukan sahaja sangat membantu dalam penulisan kertas cadangan, malah untuk penulisan tesis, laporan, kertas penerbitan dan sebagainya. Tetapi harus waspada kerana mungkin terdapat isu tidak sepadan (incompatibility) di antara perisian dan versi lain.
Tip #1: Bina pengkalan data dan gunakan folder dalam bentuk elektronik dan mudah alih akan membantu kita mengakses bahan rujukan di mana-mana komputer. Kemudahan menyimpan dokumen di alam maya juga membantu serti iCloud dan DropBox, dengan syarat terdapat kemudahan internet.
Lukiskan kata jaringan:
Sebelum kita memulakan penulisan literature review, salah satu kaedah yang dapat mengisprirasi, memandu dan memotivasikan proses penulisan adalah lakaran jaringan kata-kata kunci. Jika tidak dilukis dan dihubungkan, kemungkinan besar haluan penulisan akan berkecamuk dan tiada aliran cerita yang baik.
Selain itu, kaedah menyenarai kata kunci penting mengikut urutan keutamaan juga boleh digunakan. Ia bergantung kepada tahap kemahiran dan keselesaan masing-masing. Yang pasti, tujuannya adalah untuk memastikan fakta dan maklumat disusun berkisar kepada sesuatu topik perbincangan. Hasilnya ia tidak bercampur-aduk dengan fakta dan maklumat daripada topik perbincangan yang lain.
Tip #1: Gunakan kreativiti seperti warna-warni dan bentuk berbeza untuk menjelaskan lagi perbezaan sesuatu fakta dan maklumat.
Tip #2: Ada juga bahan rujukan yang memberikan fakta dan maklumat untuk lebih daripada satu topik perbincangan. Buatkan jaringan tambahan atau kaedah lain yang sesuai untuk menunjukkan hubungan sedemikian.
Mulakan penulisan:
Sekarang kesemua fakta dan maklumat telah pun dibaca, dikelaskan, disusun dan dihubungkaitkan. Perhatikan jaringan atau senarai yang telah kita bina. Mulakan penulisan dengan fakta dan maklumat yang telah kita catat dan highlight. Sekiranya terdapat kekeliruan, terlupa fakta dan maklumat atau ketidakpastian, dengan mudah kita boleh merujuk semula bahan rujukan seperti yang telah dikelaskan dan dicatit sebelum ini.
Gunakan juga lakaran lukisan dan diagram yang telah dicatat sebelum ini sebagai panduan untuk penulisan. Ulang baca bahan rujukan termasuk buku-buku teks yang terlibat untuk meningkatkan pemahaman. Teruskan proses menulis sebaik sahaja fakta dan maklumat difahami. Luahkan pemahaman kita berkenaan fakta dan maklumat yang dibaca dalam ayat sendiri. Frasa-frasa pendek dan istilah-istilah yang berkaitan boleh digunakan semula sebagai panduan untuk membina ayat saintifik yang lebih sempurna. Akhir sekali, betulkan tatabahasa setelah berpuas hati dengan kandungan fakta dan maklumat yang telah ditulis atau ditaip.
Tip #1: Gunakan khidmat seseorang yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk melakukan proof reading. Setelah itu, wajib baca semula ayat demi ayat yang telah dibetulkan, dikhuatiri terdapat penukaran istilah dan frasa yang menyebabkan kesalahan fakta dan maaklumat.
Tip #2: Peruntukkan masa yang secukupnya untuk proses penulisan. Jika perlu tinggalkan dahulu kerja-kerja lain dan berikan tumpuan sepenuhnya penulisan sehingga selesai. Idea dan ilham mungkin datang sesekali, sambar peluang sebegini apabila ia datang.
Tiada Respon