no comments

Motivasi Orang PhD

Bukan sesuatu yang mudah mahu belajar secara part time dalam masa yang sama perlu kerja full time. Belajar sehingga PhD sampai kerja ini memerlukan semangat berterusan, kesihatan, sokongan orang sekeliling dan lain-lain. Ramai sahaja yang buat part time dan lulus dengan bergaya, tetapi apa yang paling penting usaha dan semangat kita sendiri. Part time dan full time tu bukan isu utama. Isu ketahanan diri sendiri jatuh No 1. Walaubagaimanapun, ada isu yang timbul tentang mitos PhD ini. Antaranya ialah:

• PhD itu susah?
Ianya bergantung kepada diri sendiri. Dimana letaknya pendirian tentang PhD ini. Jika kita memilih untuk fun dalam proses Phd dan belajar atas kehendak dan kemahuan sendiri, maka hasilnya adalah Fun. Kita akan belajar perkara baru. PhD menjadikan kita lebih matang. Ada part yang susah tapi itu adalah CABARAN dan bukan MASALAH yang perlu diratap-ratap sangat. Pilihlah untuk gembira dengan pengajian kita. Tidak adil untuk kita jadikan PhD sebagai bebanan yang menyusahkan hidup kita.

• PhD = permanent head damage.
Apa yang besar sangat PhD tu sampai jadi permanent head damage? Risau sangat tentang PhD? Kita jangan terlalu berlebihan dalam hal ini. Kita yang pilih emosi kita. Pilih lah untuk bertenang saat diuji. Doa terus Doa. Jangan terlalu takut sangat pasal PhD. Apa yang penting emosi kita sendiri perlu dikawal dan sentiasa positif.

• Buat PhD nanti timbul isu dengan SV.
Apa yang paling penting perlulah saling menghormati. Jika kita menghormati SV, SV akan menghormati kita. SV yang baik bukan sahaja fokus kepada isi kajian, tetapi perlu sentiasa beri motivasi dan tolak kita untuk siapkan PhD. Apa yang kita buat, itu yang kita dapat. Phd ini bergantung 90% dari kita sendiri, SV hanyalah permudah cara dan kita mesti rajin untuk menyiapkan PhD kita.
• Buat PhD nak pergi kenduri pun tak boleh.
Ini fikiran yang sangat berlebihan, kita perlulah hendak mengasingkan diri sebegitu. Kita boleh bersosial seperti biasa. Bersosial itu juga lah akan jadikan kita lebih bersemangat dan rasa disokong oleh orang sekeliling. Perlu bahagikan masa sebaik mungkin. Tak penting berapa lama kita belajar, tetapi yang paling penting adalah berapa banyak hasil yang kita peroleh dalam tempoh kita belajar. Sesetengah orang mengadap laptop 5 jam dapat hasilkan 1 ayat, tapi ada orang 30 minit dapat buat 1 perenggan. Ianya bergantung atas kehendak kita sendiri.

Sumber: Dr. Zulkifli Hussain
Daripada : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL