no comments

MENINGKATKAN KEYAKINAN ANDA

Membuat penyelidikan sama seperti berada dalam  hutan yang mempunyai 1001 kemungkinan sebelum anda berjaya mencari jalan keluar. Ramai yang mengambil sikap try-n-error namun semua yang ditemui hanyalah ralat….Ramai juga yang cuba mengikuti jejak2 silam… namun semuanya semakin kelam…lama kelamaan…. anda hilang keyakinan…..

Sama2lah renungkan 10 tips ini supaya sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan anda !!

  1. Membuat penyelidikan bermakna anda meninggalkan zon selesa. Jika anda tidak selesa untuk meninggalkannya akhirnya anda akan terseksa juga….
  2. Anda perlu percaya dan yakin keputusan anda menyambung pelajaran…. Anda sebenarnya mengambil risiko. Besar atau kecilnya risiko bergantung kepada persiapan anda. Jika anda masuk hutan tanpa peta dan kemahiran hidup… besarlah risiko anda…. berkucalana lah nanti hidup anda…
  3. Anda perlu bertindak cepat dengan memahirkan diri dengan kemahiran asas seperti pencarian journal articles (Boolean, advanced search…), kemahiran menulis (Document map, Endnotes),  kemahiran LR, kemahiran statistik (SPSS) dan analisis kualitatif (NViVo, Atlas). Jgn harapkan hanya kursus di IPTA, carilah kesempatan bengkel2 diluar yang semakin banyak dianjurkan…tetapi be selective !
  4. Membuat pembacaan awal secara intensif bagi meningkatkan keyakinan diri dengan menguasai apa yang bakal anda kaji serta mengimbangi apa yang anda tahu dengan apa yang bakal dikritik oleh SV anda.

  5. Berkawan dengan memupuk rakan-rakan…. Yang akan sentiasa bersaing dengan anda  secara positif dengan anda. Jangan hanya bersendirian….

  6. Jadikan senior yang maju dalam penulisan thesis sebagai rakan juga.

  7. Tetapkan matlamat dengan jelas…. Katakan 1st sem mesti siapkan proposal….. 2nd sem…. defend proposal….. 3rd Sem collect data….. 4th sem….. complete the whole thesis!! Jangan tunggu sampai 4th sem baru nak tetapkan matlamat…. Sudah terlambat !!

  8. Berbanggalah menjadi salah seorang PhD / Master candidate !! Berjalan dgn yakin (bukan sombong)… membaca dengan yakin… dan berbincang dengan SV anda juga dgn yakin….

  9. tunjukkan anda academically competent….. sebab “Anda adalah seorang pakar dalam membuat” … ada keraguan mengenainya !! Tunjukkan semangat anda….jangan merendah diri….. meninkmati dengan apa yang anda buat… menikmati bacaan anda dan menikmati tulisan anda…. !!

  10. Ambil langkah TAMBAHAN dengan mempersiapkan diri untuk membuat bacaan tambahan, mengukuti bengkel tambahan…jika anda guna SPSS utk analisis data kuantitatif…. apa salahnya ikut bengkel analisis data kualitatif spt NVIVO atau Atlas….utk jadikan lebih berpengetahuan, jika anda analisis data anda dgn MLR maybe anda boleh ambil tahu juga SEM dan AMOS…. atau Rasch Model supaya perspective anda lebih luas…. dan perbincangan anda lebih mantap….jangan hadkan pengetahuan anda hanya berkisar pada kajian anda sahaja. Lebih2 lagi anda adalah BAKAL PENSYARAH !!

    Semoga berjaya !!!

    Sumber : Blogspot Dr.Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL