no comments

Menangani Masalah Hubungan Pelajar-Penyelia

Hubungan pelajar-penyelia kadang-kadang boleh menjadi rumit. Apabila ia baik, ia benar-benar baik. Tetapi apabila hubungan tersebut bermasalah, ia boleh memberi kesan negatif kepada pelajar dan dalam sesetengah kes, penyelia juga.

Oleh itu, apakah peraturan yang perlu diambil berat ketika menghadapi hubungan pelajar-penyelia yang bermasalah semasa PhD anda? Bagaimanakah anda mengelakkan hubungan menjadi buruk? Dan apa yang anda perlu lakukan jika ia mula menuju ke arah itu?

Jawapan ringkas ialah: KOMUNIKASI

 

Rancang untuk kejayaan

Penyelia: Jika anda adalah penyelia, pertimbangkan untuk mencipta nota atau handout yang akan diberikan kepada pelajar ketika mereka memulakan kajian mereka di bawah penyeliaan anda. Perkara ini dapat memberikan pelajar secara jelas tentang apa yang mereka harapkan daripada anda.

  1. Adakah anda akan berurusan dengan mereka sekali sebulan atau adakah tanggungjawab mereka untuk menghubungi anda?
  2. Adakah anda memerlukan mereka menyelesaikan disertasi mereka dalam tempoh masa tertentu atau adakah anda selesa dengan tarikh dan pencapaian yang fleksibel?

Mengetahui perkara-perkara ini lebih awal akan membantu pelajar-pelajar pascasiswazah berada di landasan yang betul.

Pelajar: Jika penyelia anda tidak memulakan perbualan tentang penyelidikan pada awal masa anda dengannya, anda harus memulakan membincangnya dengan sendiri. Proses disertasi boleh panjang dan sukar dan seorang penyelia yang pakar dengan bidangnya mungkin bukan orang terbaik untuk anda bekerjasama. Maka, anda perlulah merancang setiap pertemuan dengan penyelia bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kajian anda dengan harapan penyelia anda dapat membantu anda mencari solusi bagi masalah yang anda hadapi.

Jika hubungan anda dengan penyelia adalah gagal dan menjadikannya sukar atau bahkan mustahil bagi anda untuk menyelesaikan disertasi anda, adakah dia penyelia “terbaik” untuk anda?

 

Selesaikan masalah dengan segera

Masalah dalam hubungan harus ditangani sebaik sahaja ia muncul. Sebagai contoh, jika pelajar merasa tidak sesuai mengenai pendapat penyelia berkaitan kerja mereka, mereka mesti bersedia untuk bercakap dengan penyelia mereka mengenainya. Penyelia juga harus jujur: jika mereka melihat masalah dengan penyelidikan atau penulisan pelajar, mereka mesti menjelaskan isu tersebut kepada pelajar dan jelaskan mengenai keseriusan masalah ini. Tetapi, jika penyelia tidak menyatakan masalah dalam kajian, pelajar harus mengetahui bahawa penyelia bersetuju dengan penulisan pelajar.

Tetapi bagaimana jika hubungan pelajar-penyelia adalah benar-benar bermasalah?

  • Mungkin anda telah hampir gagal dalam penyelidikan dan ia telah melampaui perselisihan profesional yang sering berlaku
  • Mungkin pelajar cuba menghubungi penyelia berulang-ulang kali tanpa respons dan oleh itu perlu menangguhkan proses pengijazahan

Sekiranya penyelia tidak lagi dapat berurusan dengan pelajar, pelajar perlu dimaklumkan tentang perkara ini secepat mungkin untuk mengelakkan pembaziran masa dan wang lagi pada ijazah mereka!

 

Dapatkan sokongan luar

Sekiranya pelajar berpendapat bahawa mereka tidak lagi boleh berurusan dengan penyelia mereka, mereka harus mendapatkan nasihat daripada pihak pengurusan fakulti atau rakan-rakan pengajian tentang bagaimana menangani situasi tersebut.

Dalam sesetengah kes, pelajar boleh ditukarkan kepada penyelia lain, tetapi ianya jarang berlaku. Apabila seorang pelajar memutuskan untuk tidak lagi  berhubungan dengan penyelia mereka, ia mungkin langkah terakhir!

Sekiranya disertasi selesai di bawah penyelia lain, hubungan asal boleh mempengaruhi masa depan kerjaya akademik pelajar. Oleh itu, pelajar tidak boleh tergesa-gesa untuk mengakhiri hubungan dengan penyelia mereka, dan jika perlu, mereka harus berbuat demikian hanya dengan bimbingan daripada pihak pengurusan fakulti.

Dalam kedua-dua kes, jika hubungan pelajar-penyelia anda adalah berpunca daripada apa yang kelihatan seperti lebih kepada kebimbangan yang tipikal, cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengatasinya (dengan bijak dan baik) secara langsung dan secepat mungkin , yang memberikan harapan terbaik untuk memperbaiki hubungan. Kedua-dua pelajar dan penyelia seharusnya matang dan profesional bagi menghasilkan penyelidikan yang berkualiti untuk menyumbang dalam bidang akademik.

 

Sumber: www.enago.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL