Macam Mana Kita Nak Bina Rangka Soratan Literatur
SLOT bagi sorotan literatur ini pula berfokus kepada thesis statement . Berikut adalah SLOT dengan 10 tema sebagai satu panduan untuk menulis sorotan literatur.
Tema 1: Topik umum
Baca kajian-kajian yang mempunyai topik yang sama walaupun dalam bidang / konteks berbeza seperti animasi dalam subjek lain selain sains. Masukkan secara umum kepentingan setiap kajian dan bagi membuktikan kepentingan animasi dalam berbagai bidang pendidikan dan bidang lain yang releven.
Tema 2: Idea Utama
Sudah pasti ada idea umum yang menunjukkan mengapa kajian-kajian yang berkaitan animasi dilakukan sehingga kini. Satunya mestilah potensi animasi menjelaskan konsep-konsep sains yang dapat menggantikan penjelasan hanya berdasarkan teks dan illustrasi statik.
Tema 3: Pengarang utama
Anda mungkin telah mengenalpasti penyelidik tersohor yang boleh dikaitkan dengan animasi dan pegangan mereka terhadap animasi yang menjadi tajuk kajian.
Tema 4: Metodologi
Bandingkan metod utama dalam kajian lepas, dan anda perlu memikirkan untuk menjalankan kaedah yang lebih baik seperti menggunakan statistik yang lebih advanced, atau menjalankannya secara mixed methods dalam mempertahankan thesis statement anda.
Tema 5: Definisi istilah utama, pembolehubah dan kata kunci
Tidak semua kajian menggunakan istilah dan atau kata kunci yang sama. Jelaskan mengapa terdapat perbezaan ini dan mengapa anda memilih apa yang anda gunakan. Istilah miskonsepsi misalnya mempunyai pelbagai istilah yang membawa maksud yang hampir sama seperti pra-konsepsi dan konsepsi awal pelajar yang membawa maksud yang umumnya sama. Anda boleh tulis dengan ringkas dahulu di bawah sub-topik ‘Definisi Operasi’ .
Tema 6: Pendekatan teori / model / kerangka teori
Terdapat banyak teori / model / kerangka teori yang perlu dikupas supaya semuanya dapat memberikan ‘a good overview of the prominent approaches to your concept’.
Tema 7: Persetujuan dengan kajian lepas
Kajian lepas yang membahaskan isu menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana kajian selari dengan thesis statement tersebut.
Tema 8: Pertentangan dengan kajian lepas
Kajian lepas yang membahaskan isu yang tidak sepenuhnya menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana pernyataan tersebut bertentangan dengan thesis statement tersebut.
Tema 9: Dapatan utama dan kesimpulan
Kupas dapatan utama dan kesimpulan kajian lepas bagi menegaskan keperluan ‘what else need to be done or studied’ dalam bidang kajian yang mengembangkan lagi kajian sedia ada.
Tema 10: Special issues / dapatan yang unik
Ini adalah tema terakhir jika terdapat apa-apa kelainan atau keunikan dapatan kajian dari artikel tertentu dari kajian lepas (jika ada) yang ingin dikupas yang releven dengan kajian anda. Misalnya, ada artikel yang bukan sahaja mengkaji animasi tetapi juga mengkaji animasi dalam bentuk simulasi atau avatar.