no comments

Lucio Chiquito Caicedo (104 Tahun) akhirnya dapat genggam PhD selepas 3 dekad

Graduan PhD berumur 104 Tahun tidak dapat berhenti tersenyum ketika dia akhirnya memperoleh PhD selepas bertungkus lumus selama 3 dekad

Dalam banyak-banyak perkara yang boleh kita pelajari dari Lucio Chiquito Caicedo dari Colombia, yang terbaik adalah tidak pernah terlambat untuk mencapai impian anda!

Pada usia 104 tahun, Lucio akhirnya menamatkan program ijazah kedoktorannya di University of Manchester, tonggak kejayaan yang telah diimpikannya selama 30 tahun. Alasan yang membuat beliau mengambil masa begitu lama adalah kerana disertasi, yang beliau perlukan untuk lulus, bergantung kepadanya untuk menyelesaikan persamaan matematik yang tidak dapat diselesaikan oleh sesiapa pun sejak pertama kali ditemui 200 tahun yang lalu.

“Ph.D saya adalah mengenai menentukan jumlah maksimum air yang dapat diambil secara berterusan dari sungai untuk tenaga dan tujuan lain, ”jelas Lucio.

Walaupun mengetahui usaha ini sangat sukar namun beliau yakin mampu menyelesaikannya walaupun akan mengambil masa yang agak lama. Merupakan seorang yang begitu berjaya dalam bidangnya, memegang ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam dan ijazah sarjana dalam sains dan teknologi. Beliau tekad tidak akan membiarkan masalah berusia 200 tahun menghalangnya!!

Beliau secara aktif berusaha menyiapkan tesis beliau selama 30 tahun terakhir, tetapi kehidupan beliau terlalu sibuk, dan beliau hanya mempunyai masa untuk fokus pada masalah yang dia cuba selesaikan selama beberapa dekad. Namun, disebabkan wabak novel coronavirus berlaku, beliau akhirnya mempunyai banyak masa lapang untuk menyiapkan tesis beliau.

Lucio memanfaatkan peluang keemasan ini, mula bekerja dengan tekun dalam penyelidikannya, dan akhirnya dapat menyelesaikan persamaan tersebut!

Beliau menyerahkan penemuannya ke universiti, dan sempat berasa sedikit risau jika proses persetujuan akan mengambil waktu lama, tetapi penemuan beliau diterima dengan cepat. Kemudian, akhirnya, beliau dianugerahkan PhD.


Pada usia 104 tahun, beliau dapat mencapai satu lagi peringkat profesional yang lain iaitu ijazah kedoktoran,PhD telah membuktikan bahawa tidak pernah terlambat untuk mencapai sesuatu impian. Namun, tidak dinafikan bahawa betapa gembiranya beliau dengan pencapaian ini, tetapi ianya bukanlah yang paling tinggi buat beliau. Melebihi segalanya, beliau berkata, “Keluarga adalah pencapaian terbesar saya.”

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL