no comments

KONGSI RAHASIA KEJAYAAN TERIMA PHD DIUSIA MUDA 25 TAHUN

KONGSI RAHASIA KEJAYAAN TERIMA PHD DIUSIA MUDA 25 TAHUN

Dr Farah Hannan Anuar yang telah buktikan kerjayaan memperolehi pengijazahan Doktor Falsafah (PhD) termuda dalam negara dari university luar negara. Dr Farah, Berjaya memperoleh PhDnya pada usianya 25 tahun  dari University Colloge Dublin (UCD), Ireland dalam bidang Polymer Synthesis. Kini Dr Farah telah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kita kena yakin pada diri sendiri. Dr Farah berkata di dalam hati, ingin memperoleh oleh PhD sebelum usia 25 tahun. Beliau Berjaya mencapainya biarpun sebenarnya mampu menerimanya lebih awal tetapi pensyarah telah menetapkan saya mesti menghabiskan kajian tesis selama empat tahun.

Selain itu,Kerjayaan yang telah dicapai mengidolakan ayahnya bagi memicu kejayaan. Sejak sekolah beliau tidak pernah berhenti melihat ayahnya belajar sehingga beliau menggenggam ijazah dan berada pada kedudukan nya. Dr farah sentiasa mempunyai jadual atau perancangan yang perlu dibuat walaupun merasakan dirinya orang yang agak santai.

Dr Farah berkongsi, Tak kira saya patuh atau leka dengan jadual tersebut tetapi yang penting perancangan mesti ada. Sekurangnya kita sedar bila “terleka” dan saya akan kembali. Dan saya sentiasa “Target” melebihi daripada apa yang diingini kerana itu akan memotivasikan saya untuk berusaha lebih. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah Sebaik-baik perancangan.

Untuk Berjaya juga, Salah satu rahasia yang dikongsikan oleh Dr Farah, Komunikasi dengan mereka yang lebih matang selain menjaga hubungan dengan keluarga, guru dan pensyarah. Beliau kerap bertemu kaunselor dan para pensyarah.Awalnya hanya berbual biasa hingga akhirnya boleh berkongsi stress yang dialami dan kemudian menerima nasihat yag diberikan oleh mereka dengan hati terbuka.

Untuk memegang ijazah PhD pada usia muda ada cabaranya. Melakukan sesuatu tugasan pada usia muda menjadikan ada yang tidak yakin dengan potensi dalam aspek kerjaya. Tetapi pada masa yang sama, beliau mempunya jangkaan yang tinggi. Semasa penyelia menyatakan beliau di peruntukkan empat tahun untuk menyelesaikan penyelidikan, Dr Farah mula risau, Kerana ini bermakna mungkin tak berpeluang menggenggam PhD sebelum usia 25 tahun.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah fikiran penyelia dengan meneyelesaikan kerja dengan segera sehingga pulang lewat malam.

“Tetapi semakin cepat kerja saya, semakin banyak pula tugas lain diberikan sehingga akhirnya tesis PhD saya mengandugi dua projek penyelidikan.

Impian telah dicapai mahu ada PhD pada usia 25 tahun. Kematangan seiring dengan perkembangan usia mampu berani melakukannya kerana menyedari potensi diri sendiri.

 

Sumber : https://www.remaja.my/terima-phd-pada-usia-25-tahun-dr-farah-kongsi-rahsia-belajar/#google_vignette

Dr Farah

Daripada: Team mpws

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL