Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Melaka
JAWATAN KOSONG
05/02/2016
Universiti Teknologi MARA (Melaka) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan di UiTM Melaka kampus Bandaraya bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
JAWATAN: PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)
FAKULTI & BIDANG: ACADEMY OF CONTEMPORARY ISLAMIC STUDIES (ACIS)
SYARAT LANTIKAN:
- Warganegara Malaysia
- Syarat kelayakan
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
- Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;
- Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
- Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana);
- Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
- Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.
CARA MEMOHON
- Borang Perjawatan UiTM (Melaka) seperti di lampirkan atau boleh diperolehi di Pejabat Am, Bahagian Pentadbiran, Kampus Bandaraya. MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 FEBRUARI 2016
- Setiap Permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan :
- Kad Pengenalan;
- Sijil SPM /MCE, STPM /HSC atau setaraf;
- Skrol & Transkrip Akademik Terperinci (Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD);
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM (Melaka)
- Sila kemukakan permohonan kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM (MELAKA) KAMPUS BANDARAYA
NO. 110 OFF JALAN HANG TUAH
75300 MELAKA
NO.TEL : 06-285 7000 / 7006
Ruj Kami : 500-KBM(PT.19/2)
Tarikh : 01 Februari 2016
KOMEN ANDA