Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Induk dan semua Cawangan.
JAWATAN:
PENSYARAH (DG44) / PENSYARAH KANAN (DG48) / PEGAWAI PENYUNTING (DG41)
JAWATAN : PENSYARAH (DG44)
BIDANG : Berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
TEMPAT :
- IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;
- IAB Cawangan Utara, Kedah;
- IAB Cawangan Sarawak; dan
- IAB Cawangan Sabah
JAWATAN : PENSYARAH KANAN (DG48)
BIDANG : Berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
TEMPAT :
- IAB Induk, Bandar Enstek, Negeri Sembilan;
- IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;
- IAB Cawangan Utara, Kedah;
- IAB Cawangan Sarawak; dan
- IAB Cawangan Sabah
JAWATAN : PEGAWAI PENYUNTING (DG41)
BIDANG : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Terjemahan
TEMPAT :
- IAB Induk Bandar Enstek, Negeri Sembilan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
PENSYARAH (DG44)
- Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG44
PENSYARAH KANAN (DG48)
- Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48
PEGAWAI PENYUNTING (DG41)
- Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
- Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Permohonan Jawatan Pensyarah PPP/ Pengurusan PPP yang boleh dimuat turun dari portal rasmi IAB di http://www.iab.edu.my mulai ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari KHAMIS 22 OKTOBER 2015
Sila kemukakan borang permohonan yang lengkap dengan resume & salinan sijil-sijil yang telah disahkan kepada:
PEJABAT PENDAFTAR
INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN.
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
Kalau saya guru sains sek rendah yg berjawatan guru cemerlang DG44 sejak dis 2011 layak tak memohon . Jawatan mana ya. Saya ada master dlm pengurusan pendidikan uni malaysua sabah.