Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi) 2016/2017
Tentang Biasiswa
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menawarkan calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan Anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat Ijazah Pertama secara sepunuh masa.
Bagi kemasukan pada bulan Febuari / Mac, tarikh tutup adalah pada 5 Febuari 2016. Manakala tarikh tutup untuk kemasukan bulan September adalah pada 12 Ogos 2016. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Tarikh Tutup: 5 Febuari 2016 (Jumaat) – Kemasukan Feb / Mac
Program Tajaan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):
- Undang-undang
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Senibina
- Ukurbahan
- Veterinar
- Akaun / Kewangan
- Teknologi Komputer dan Maklumat
- Ekonomi
- Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
- Psikologi dan Kaunseling
- Sains Gunaan
- Sains Sosial
- Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP
BACA: Tawaran Biasiswa Untuk Program Master 2016 Di Universiti Nottingham
Kriteria
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan);
- Pemohon / ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan;
- Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM1,000 sebulan;
- Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM dan lulus semua mata pelajaran;
- Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan lulus semua mata pelajaran STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma;
- Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja;
- Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik;
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
- Tawaran tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian daripada IPTA, kemasukan ke semester 1 tahun 1, dan pengajian secara sepenuh masa.
Cara Untuk Memohon
- Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi;
- Pastikan Borang Permohonan diisi dengan betul dan lengkap menggunakan pen dan dengan HURUF BESAR;
- Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport;
- Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan gred A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:
1. Sijil kelahiran
2. Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga
3. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA
5. Keputusan / transkrip peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, atau Diploma serta surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat. - Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan hantarkan ke Yayasan Wilayah Persekutuan:
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3073
Faks: +603 2698 3075
Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
BACA: Tawaran Biasiswa Untuk Program Master 2016 Di Universiti Nottingham