BAGAIMANA CARANYA MENJALANKAN PENYELIDIKAN YANG BERKUALITI?
PETUA PASCASISWAZAH
18/02/2020
Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan Paradigma:
Konstructivism, kritik teori/advocacy.
Strategi/Tradisi:
Kajian Kes, Grounded Theory, Ethnografi, Hermeneutics, Pertanyaan Naratif, Fenomenalogi.
Tujuan Penyelidikan:
Melihat variasi dalam dapatan, Selidiki intipati sesuatu topik.
Prosedur Penyelidik:
- Melibatkan pandangan orang dalam (emic).
- Menjumpai dan memahami pengalaman yang diperolehi.
- Melibatkan perkara yang fleksibel dan terbuka untuk diubah.
- Reflektif terhadap pandangan sendiri dan pandangan orang lain (perspective).
- Berpengetahuan menilai seseorang dan membawa pengalaman sendiri dalam kajian.
- Aktif dan melibatkan diri.
Reka Bentuk Penyelidikan:
- Induktif: Penyelidikan adalah tentang ‘penjanaan idea’.
- Rekabentuk dicadangkan berterusan (up front) tetapi terbuka dan berkembang.
- Tidak rigid dan tetap untuk meneroka.
- Sampel yang kecil dipilih secara bertujuan.
- Penyelidikan berlaku dalam keadaan yang sebenar.
- Penyelidikan yang berasaskan konteks/keadaan yang sebenar.
- Situasi sebenar dikaji untuk membentangkan perkara yang benar.
- Penyelidik merekabentuk kerangka kerja yang membolehkan lebih fleksibel dan kreatif.
Kaedah Pengumpulan Data:
- Penyelidik adalah instrumen.
- Metodologi dikembangkan dan fleksibel.
- Melibatkan temu bual, pemerhatian, dokumen, kumpulan fokus dan kritikkan.
- Soalan lebih terbuka, pelbagai kaedah digunakan supaya trangulasi (triangulatian) berlaku.
Kaedah Menganalisis Data:
- Rekabentuk induktif lebih holistik.
- Dapatan yang kaya dengan pengolahan.
- Penganalisaan adalah untuk penentuan tema dan paten.
- Fenomena difahami sebagai sistem yang kompleks dan holistik dan dilihat dalam fenomena. sosial yang penting atau dalam konteks sejarah.
- Data dianalisis oleh penyelidik sendiri dengan bantuan perisian-perisian yang sesuai, contohnya NVivo.
Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan:
- Cuba mendapatkan kebolehan dan kebolehsandaran yang mantap dengan kaedah trangulasi atau kepelbagaian cara yang lain.
- Memindahkan penerangan dapatan yang jelas kepada konteks yang lain.
Persembahan Dapatan Kajian:
- Tebal, kaya dengan penjelasan yang bermakna mengenai data yang dipersembahkan.
SUMBER: eprints.uthm.edu.my
KOMEN ANDA