no comments

8 tips untuk sambung PhD DENGAN CEPAT

1.Kenal pasti permasalahan kajian

Derafkan tajuk-tajuk yang ada dalam minda anda. Kenal pasti dan highlight yg paling dekat serta anda sangat tahu dengan tajuk tersebut. Relate dengan isu terkini atau ada kontroversi telah timbul.

Contoh:

“Isu UM keselamatan Cyber 3 minggu lepas. Mungkin terdapat solusi berkaitan dengan isu tersebut. Mungkin dengan menggunakan Teknologi Blockchain”

2. Siapkan proposal

Jangan tergopoh-gopoh nak pergi daftar PhD/Master. Siapakan proposal terlebih dahulu. Rajin-rajinlah pergi ke perpustakaan dan rujuk tesis yang telah berjaya. Lihat pada bab 1-3. Itulah Proposal.

Belajar langkah-langkah penulisan proposal. Sertai bengkel-bengkel penulisan proposal dan rujuk dengan para Dr yg baru gradute(kerana otak mereka masih lagi teruja dengan proposal).

Dengan proposal yang sangat jelas akan membantu anda dalam proses permohonan/temuduga biasiswa dan memendekkan tempoh penggajian anda.

Buat sedikit kajian siapa pensyarah di jabatan atau fakulti yang bersesuaian dengan kelulusan Sarjana yg ada. Lagi mudah jika calon penyelia tersebut bekas penyelia sarjana/pensyarah anda.

Jumpa dan berbincang berkaitan apa yg ada dalam kepala anda skop kajian, jenis kajian dan lain-lain yg berkaitan dgn calon penyelia anda.

Bina bonding yang baik. Bila dah terbina anda akan nampak keserasian dgn calon penyelia, jika tidak carilah yg lain.

4. Mulai ke perpustakaan

Awak tak tahu nak kaji tentang apa? Maka, bukalah library online universiti terbabit dan lihat tajuk tesis yang sudah sedia ada.

Bila sudah ada tajuk cadangan yang anda cenderung, maka carilah pula SOROTAN LITERASI atau nama lainnya, kajian-kajian terdahulu.

Contoh: Awak berminat tentang kajian,

“Pendekatan guru dalam pelaksanaan Kurikulum ABC di negeri XYZ.”

Maka, awak kena cari semua kata kunci berkaitan ‘pendekatan guru’, ‘pelaksanaan kurikulum’, ‘kurikulum ABC’ dan yang berkaitan.

Cari di web perpustakaan online tu. Atau cari di jurnal online. Atau OPAC mana-mana universiti yang awak boleh pergi.

Bila dah keluar list, pergilah ke perpustakaan dan tengok dengan mata kepala sendiri. Kemudian, sesi membaca. Bacalah kesemua yang berkaitan dan part paling penting sekali adalah keluarkan kesimpulan, kefahaman awak dari kajian-kajian yang telah dibaca tu.

Contoh: Kajian A – rumusannya: hanya tumpu pada skop pengajaran guru di wilayah OPQ. Kajian B – sentuh bab integriti. Kajian C – ulas isu murid tidak memahami. Dan seterusnya.

5. Kenal pasti permasalahan kajian

Awak nak kaji tajuk sekian-sekian tu kenapa? Itu yang awak kena highlight. Relate dengan isu terkini atau ada kontroversi telah timbul.

Contoh:

“Menteri katakan dalam sidang akhbar bahawa Kurikulum ABC tidak relevan lagi.”

Maka, itu mungkin boleh jadi antara isu yang mencetuskan kepada sebuah kajian. Ada sebab dan alasan kukuh.

6. Siapkan proposal

Pergi ke perpustakaan dan belek tesis yang telah berjaya. Lihat pada bab pertama atau pendahuluan. Itulah proposal.

Belajar langkah-langkah penulisan proposal. Kalau nak lebih padu, sertailah bengkel-bengkel penulisan tesis yang dianjurkan universiti terbabit. Ada diajar.

7. Setelah siap proposal

Bawa kepada supervisor yang anda telah pilih sendiri. Berikan draf proposal untuk beliau nilai dan periksa, kritik dan saran. Buat pembetulan dari saranannya.

Buat dan buat, sehinggalah, ulang jumpa dengan supervisor tersebut hingga beliau berpuas hati. Nak padu lagi, jumpa semua supervisor di fakulti tersebut, tanya pandangan. Ini kerana, boleh jadi ketika pembentangan proposal anda nanti, mereka yang akan jadi examiners.

8. Kekalkan hubungan yang baik dengan supervisor

Menyambung pengajian peringkat Phd diibaratkan sebagai anda dan supervisor anda akan menjadi pasangan yang akrab. Segala hala tuju pengajian anda adalah atas dasar persetujuan anda dan supervisor anda. Di sini pentingnya hubungan baik dengan supervisor. Hubungan yang keruh dengan supervisor hanya akan menyukarkan proses pengajian anda. Sebaiknya, cuba menjaga hati supervisor anda walaupun terdapat beberapa perkara yang anda tidak bersetuju dengannya. Di sini pentingnya kemahiran soft skills di mana anda dan supervisor perlu berbincang untuk mendapatkan kata putus terhadap sesuatu perkara. Jikalau supervisor senang terhadap anda, mereka tidak akan segan silu menghulurkan pertolongan kepada anda jikalau anda di dalam kesusahan atau pun nampak jalan buntu semasa sesi kajian anda berjalan. Saya boleh katakan, hubungan yang baik dengan supervisor anda akan menghasilkan output perbincangan yang baik sekaligus memudahkan proses kajian anda. Pertua saya cari persamaan bukan perbezaan… kalau dia merajuk kamu yg pujuk dia bukan kamu mengharapkan dia cari kamu.

SUMBER:Sir Mohd Afizi bin Md Ali

DARIPADA:TEAM MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL