no comments

5 Tahap Penulisan Thesis.

Ada 5 tahap dalam menyiapkan kajian dan tesis. Jangan biarkan diri anda tersangkut ditakuk 2 atau 3 sahaja.

Tahap 1: Tahu
Sebelum buat kajian anda kena TAHU dulu apa yang anda nak buat. Contohnya kalau anda hanya “terfikir” satu tajuk yang anda nak buat kajian tanpa pengetahuan. Pada tahap 1 ini pun anda tak lepas!! Natijahnya, bila Supervisor anda tanya kenapa pilih tajuk kajian ini atau mengacukan soalan-soalan lain, mulalah anda merapu. Jadi, jangan ambil ringan hal sekecil ini.

Tahap 2: Faham
Mulalah membaca dan terus menulis draf proposal anda. Jika anda sudah mula membaca bahan yang releven, Anda akan mula pening kepala sebab banyak perkara baru yang anda TAHU tapi anda masih tak FAHAM.

Maybe anda boleh mulai dengan definisi oleh Wikipedia, membaca handbooks, buku2 specific atau meneliti artikel-artikel lepas. Untuk kajian yang anda sedang atau akan jalankan, anda perlu terus membaca secara focus apa sahaja yang berkaitan dengan kajian anda dari bahan yang anda kumpulkan dalam Mendeley. Anda akan mula memahami apa yang anda tahu. Semakin banyak anda membaca dan menulis, lagi dalam kefahaman anda. Ketika ini penulisan anda dah mula berkembang.

Tahap 3: Application
Ini tahap penguasaan naik setakuk lagi. Memahami terminology, variable, analisis data, rekabentuk kajian dan lain-lain yang berkaitan dengan apa yang anda nak kaji belum memadai jika anda tidak tahu bagaimana semua itu diaplikasikan. Jadi teruskan pembacaan artikel dgn lebih mendalam secara khusus dan menulis bagi memahami pula bagaimana kesemua ini diaplikasikan dalam kajian2 lepas.
Mendeley akan bantu anda mengesan perkataan khusus / keyword dalam artikel yang anda kumpul. Katakan anda tahu dan faham ANOVA tapi tidak tahu bagaimana diaplikasikan dalam kajian anda. Maka dengan membaca artikel-artikel yang releven yang menggunakan aplikasi analisis ANOVA, barulah anda tahu dan faham aplikasi ANOVA serta boleh anda gunakan pula dalam kajian anda. Apa lagi, penulisan anda dah mula berkembang dan keghairahan anda untuk meneruskan kajian anda akan mula meningkat.

Tahap 4. Analysis
Bagus!!! Anda dah tahu, faham dan mula kuasai aplikasi, katakan terminology “assimilation”. Dgn pembacaan dari pelbagai kajian, anda dah boleh menguasai konsep “assimilation” dari pelbagai sudut dan kandungan kajian. Ketika inilah kemahiran aplikasi anda dah mula memasuki fasa analisis. Anda sudah mula tahu menganalisis semua aspek kajian berkaitan assimilation dan mula merancang untuk menjalankan kajian yang dapat mengembangkan lagi aplikasi konsep “assimilation” kepada keperluan semasa sambil menjawab sebahagian isu berkaitan.
Anda sudah mula berupaya mengekstrak maklumat dan pendetailan assimilation yang hanya releven dengan kajian anda. Pada tahap ini penulisan anda dah mula mantap walaupun masih longgar sana sini.
Oleh kerana anda dah tahu, faham malah boleh mula mengaplikasikan apa yang anda faham dalam kajian anda maka pada tahap ini proposal anda sepatutnya dah boleh dibentangkan. Pada tahap ini penulisan anda mungkin tidak begitu kritis tetapi tahap ini sudah memadai untuk anda siapkan penulisan yang lengkap dan anda mula merasai nikmatnya menulis.

Tahap 5. Synthesis
Tahap analysis bermakna anda berupaya mengektrak maklumat yg penting dan releven sahaja utk kajian anda. Maklumat yang diekstrak dari pelbagai sumber ini perlu disintesis supaya penulisan thesis anda menjurus kepada apa yang anda ingin lakukan secara kritis. Menulis secara kritis memerlukan tahap penguasaan yang tinggi iaitu gabungan keupayaan menganalisis dan mensintesis. Dan inilah klimaks dalam menulis !!

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL