no comments

10 Tips Penulisan Jurnal Berkesan

Menulis jurnal ada beberapa matlamat. Antaranya adalah untuk melepasi syarat graduat bagi pelajar master dan PhD di beberapa IPT, keperluan kerjaya, syarat tahunan kerjaya, pendapatan sampingan, mencuba nasib dan sebagainya.
.
Bagi mencapai penulisan jurnal yang bermutu, beberapa syarat perlu diambil kira. Antaranya adalah:
.
1. Data kajian perlu banyak. Kajian akan lengkap dan berguna dalam beberapa aspek.
.
2. Data kajian yang fokus dan menjurus ke arah kajian.
.
3. Jauhi plagiarisme. Jika dari hasil penulis yang sama dalam dua penulisan berbeza, mungkin boleh dilakukan dengan cara paraphrase (ubah suai ayat tetapi maksud masih sama).
.
4. Baca jurnal tertentu supaya tahu skop jurnal tersebut.
.
5. Kritis dalam idea supaya ia memberi impak yang tinggi.
.
6. Kerangka teori yang berkesan.
.
7. Mengkaji dan membaca rujukan terkini. (Sekurang-kurangnya 5 tahun dari tahun kajian). Contohnya, kajian dilakukan sekarang iaitu tahun 2016, jadi jurnal berkaitan yang perlu dibaca adalah dari tahun 2011-2015.
.
8.  Kajian padat dan tidak meleret.
.
9.  Mencukupi bilangan perkataan. Ini bergantung pada jurnal. Ada yang tidak terhad dan ada yang hanya mahukan 5,000 hingga 8,000 perkataan.
.
10.  EndNote perlu selari dengan format jurnal.
.
Moga tips di atas bermanfaat untuk semua.
.


Kami sedia menerima sebarang manuskrip berbentuk jurnal untuk di baca pruf ataupun di sunting (Proofreading dan Editing). Kami sedia dihubungi untuk sebarang keterangan lanjut di whatapps http://MPWSProofreading.wasap.my

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL