no comments

TUJUH PETANDA AWAL SUPERVISOR ANDA

Adakah SUPERVISOR anda,,

  1. nasihatkan anda supaya habiskan kerja kursus terlebih dahulu sebelum fikirkan hal research. Nasihat ini tidak sesuai kerana anda perlu memulakan pembacaan dan pencarian literatur seawal mungkin dengan persiapan anda untuk memulakan langkah menulis proposal kajian. Kerja kursus tidak banyak membantu anda memahami aspek penyelidikan secara khusus dan fokus berbanding dengan memulakan pembacaan untuk memahami secara mendalam bidang kajian dalam artikel-artikel kajian lepas.
  2. berpendapat “there is NO short cut in doing thesis“. Pernyataan ini hanya benar jika supervisee mengambil langkah yang tidak wajar seperti mengupah seseorang untuk menjalankan kajian bagi pihaknya. Namun, kecanggihan ICT dengan segala perisiannya yang semakin memudahkan tugas-tugas pencarian artikel, menyusun serta membantu menulis tesis secara efisyen, maka terdapat banyak jalan yang mudah untuk diakses bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut serta menulis dengan cepat menggunakan MS Word / LaTex secara optimum.
  3. menyebut “this is your PhD…. you need to do it all on your own...” sedang budaya penyelidikan perlu dipupuk oleh SUPERVISOR ke dalam aktiviti penyelidikan supervisee yang masih novis secara discussion and giving opinion.
  4. mungkin pernah menyatakan “If I can did it , why dont you?” bagi menunjukkan bahawa supervisee perlu berdikari tanpa perlu bergantung kepada SUPERVISOR, sedangkan tugas dan tanggungjawab SUPERVISOR untuk membimbing sepanjang tempoh pengajian supervisee.
  5. meminta anda mengemukakan TAJUK kajian yang tidak pernah dibuat lagi dan akan meminta anda “baca lagi… baca lagi….” atau “tulis dulu tulis dulu …..” sedang tiada panduan diberikan bagaimana pencarian tersebut perlu dilakukan secara sistematik
  6. meminta anda menyediakan proposalchapter by chapter” dan menyemaknya pun “chapter by chapter” sedangkan proposal perlu disiapkan tanpa perlu mengikut urutan chapter by chapter, malah wajar dimulakan dahulu dengan penulisan Chapter 2 (Literature Review) supaya mendapat gambaran “what else need to be studied” sebelum memulakan penulisan Chapter 1.
  7. membimbing satu pendekatan sahaja samada kuantitatif atau kualitatif, sehingga membataskan hasrat supervisee yang ingin membuat kajian yang berorientasi mana-mana salah satu atau kombinasi kedua-dua pendekatan.

Petanda di atas mungkin diwarisi oleh SUPERVISOR anda ketika menjadi supervisee dahulu dan sebahagiannya tidak lagi relevan. Maka anda perlulah bersedia untuk berbincang dengan baik jika anda ada idea yang berbeza untuk menyiapkan tesis dan kajian anda.

 

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL