no comments

TUJUH CARA BACA ARTIKEL

Pelik jugakkan, sebab tidak ada kelas pun mengajar cara baca journal. Supervisor pun tidak pernah ajar, jadi pandai-pandai anda lah bagaimana untuk membaca artikel, cara terlentang atau meniarap pun tidak ada sesiapa yang kisah.

Tapi pelik juga, ramai yang bersungut susahnya nak baca journal article (JA).

Takkan lah susah sangat untuk membaca JA yang nipis bukan macam buku beratus-ratus pages malah JA ada satu format jer bukan ada macam-macam format seperti buku. Inilah SATU format JA yang established dengan 7 bahagian mudah:

  1. Title:
    Pilih yang skopnya dalam bidang kajian anda dan tajuknya menepati fokus kajian
  2. Abstract
    Ringkasan methods, findings, discussion dengan argument kenapa kajian tersebut signifikan untuk dijalankan.
  3. Literature Review
    Menyediakan informasi berkaitan argumentasi dari kajian lepas dan cuba dapatkan kaitannya dengan keperluan kajian yang anda nak jalankan.
  4. Methodology
    Menyediakan informasi bagaimana study dijalankan seperti: Approach – quantitative (survey, experimental) or qualitative (seperti interviews, ethnography, participant observation, or content analysis)
    Siapa sample dan populasi
  5. Results / Finding
    Data analysis dan ringkasan data dalam Table / Chart dan analysis yang dijalankan
  6. Conclusion/Discussion
    Summarizes the findings and kenapa dapatan tersebut penting. Limitasi dapatan. Aplikasi dapatan (if any) dan adakalanya dinyatakan future research.
  7. Citation / References / Bibliograpy

Ini untuk anda snowball.

Apa yang anda nak cari dari JA yang anda kumpulkan? Anda tidak mungkin baca semuanya, huruf demi huruf. Katalah anda ada 100 artikel yang tajuknya seakan releven dengan kajian anda, tidak mungkin anda baca semuanya satu persatu, bukan apa, takut anda giler artikel !!

Jadi, lakukan langkah berikut:

  1. Bear in mind
    Ketika mula membaca JA, fikirkan apa yang sedang anda cari dalam JA tersebut sesuai dengan area of investigation dan topic of interest anda. Jadi anda kena ada idea umum tentang RESEARCH QUESTION yang bakal anda kaji seperti “Apakah kesan animasi terdapat pelajar berbeza pencapaian dalam memahami sesuatu konsep”.

Jadi JA yang ada statement / variable/ argument tentang pengajaran berkaitan animasi/ stail belajar pelajar berbeza pencapaian/teori berkaitan animasi adalah JA paling sesuai dianalisis.

  1. Lihat nama journal
    Pastikan ia indexed journal, scopus atau ada IF.
  2. Lihat authors
    Lihat samada author tersohor atau anda tidak kenal lansung. Kalau author adalah sifu, berikan priority
  3. Lihat juga institusi
    Kalau MIT, Monash tentu semangat anda lebih tinggi untuk membaca JA tersebut berbanding dengan UPM, UKM atau Chulalongkorn university.
  4. Tahun penerbitan

Kalau sudah lebih 5 tahun, KIV apatah lagi yang >10 tahun, kecualiah anda membuat kajian sejarah. Anda akan merendahkan thesis anda kalau kupasan frontier of knowledge kajian anda merujuk kepada kajian yang dah 15 tahun ! Give priority to the latest dulu.

  1. Bila sudah dapat apa yang dicari
    Selak-selak dulu, kalau ada 3 mukasurat dengan 5 citations. Kiv dan tidak payahlah saya nyatakan kenapa, takut otak anda berhenti berfikir lah pula. Kalau > 5 pages dengan citation yang >10, kira oklah.
  2. Bila sudah dapat JA yang releven dan menarik
    Anda baca abstract – baca argument dan kenapa author memilih argument tersebut untuk dikaji. Kalau relevan / selari dengan apa yang anda nak buat berkaitan kajian anda, boleh teruskan bacaan dulu.

Tetapi bacalah berdasarkan thema seperti tajuk yang sama, variable yang sama, keyword yang sama dengan kajian anda, di sampling teknik yang anda nak tahu lebih lanjut, termasuk dapatan kajian yang menyokong urgency kajian anda serta methodology yang anda sedang fikirkan untuk kajian anda dan teori yang sesuai dengan variable dan pernyataan masalah.n

Setelah menemui quotation yang sesuai lakukan proses “cite while you read”.

Contoh:
Quotation: A, B and C (2010) suggested that intrinsic motivation as behavior that is driven by inner rewards.

Paraphrasing: Intrinsic motivation is crucial for student as they need internal force (A, B & C, 2010) to keep success in academic.

Jika guna Mendeley, semua perkataan intrinsic motivation dalam mana-mana 100 JA boleh dicari dalam sekelip mata.

Jangan lupa jika perlukan maklumat lanjut, lakukan snowball bahagian citation pada JA.

Ingat, jangan pula bila dapat 100 artikel yang kelihatannya relevan, kemudian anda bertapa dalam library membaca setiap satu JA perkataan satu demi satu, saya bimbang anda, tidak jumpa pula pintu keluar library sebab otak anda kehabisan memori !!

 

Sumber: Dr Othman Talib

E-learning. Concept of education. Internet labrary. Book and Laptop. 3d

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL