no comments

TUJUH (7) CIRI TAJUK TESIS YANG BAIK

Contohnya tajuk berikut (dummy dan rekaan saya sahaja)

APLIKASI STRATEGI MNEMONIK DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI BIOLOGI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA SAINS DI NEGERI MELAKA

 

Ciri 1: Catchy dan dapat menarik minat

Tajuk ini sekurang-kurangnya menarik minat golongan pendidik serta mereka yang berada dalam dunia pendidikan sains. Jangan sampai mereka dalam bidang yang sama pun menyampah dengan tajuk atau menganggapnya dah basi! Nanti bila nak present paper, tak sapa pun nak dengar. Tak ke haru!

 

Ciri 2: Mempunyai kata kunci atau terminologi atau istilah utama yang selari dengan istilah penyelidikan semasa

Kata kunci “mnemonik” bersifat semasa dalam pendidikan sains bagi memudahkan pencarian rujukan. Jangan guna perkataan sendiri ikut suka hati anda seperti strategi “menghafal”. Giler nanti nak cari kata kunci tersebut dalam journal sebab terlalu umum!

 

Ciri 3: Menyatakan subjek kajian

Ini kena appear dalam tajuk iaitu “Pelajar Tingkatan Lima”. Jika ini tak ada, cuba tengok, sure kena sembur dengan SV anda – tak caya, buatlah!

 

Ciri 4: Menyatakan variable yang terlibat

  • Teknik Mnemonik – IV.
  • Prestasi Biologi – DV.
  • Dengan adanya IV dan DV, lebih jelaslah tajuk anda.

 

Ciri 5: Nyatakan pendekatan kajian

Kajian kuantitif ini mengkaji kesan IV (teknik mnemonik) terhadap prestasi biologi (DV) menunjukkan kajian kuantitatif akan dijalankan.

 

Ciri 6: Menyatakan skop dan fokus kajian

Kajian memberi fokus kepada hanya teknik mnemonik sebab terlalu banyak teknik-teknik mengingat dengan dengan skop hanya kepada subjek Biologi untuk pelajar Tingkatan Lima di Melaka.

 

Ciri 7: Hadkan tak lebih 20 patah perkataan

Tajuk paling baik adalah yang pendek dan catchy. Tapi itu lebih sesuai untuk artikel. Thesis perlukan tajuk yang lebih jelas dahulu dan tak pula menjela-jela sampai semput nak menyebut dan menulisnya.

 

Apapun, itu hanya panduan umum untuk anda. Lain bidang mungkin lain pula cirinya. Tapi jika ikut panduan selalunya selamat. AMIN!

 

Sumber : Dr. Othman

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL