no comments

TUGAS PROOFREADER ADALAH TENTANG AMANAH

Amanah BESAR diberikan kepada proofreader atau editor untuk menyemak manuskrip penulis lebih-lebih lagi kepada pascasiswazah. Ia bukan tentang angka berapa banyak tugas proofread yang telah diselesaikan, tetapi lebih tentang amanah kepada kerja-kerja yang diberikan. Jurnal yang ingin di ‘proofread’ ini datang dengan harapan, keringat dan air mata postgrad (PG) tahu? Kenapa?
.
Pertama
=======
PG mengejar ‘deadline’, jika sebelum pukul 12 tengah malam perlu submit manuscript tersebut kepada pihak jurnal, maka sebelum 12 malam lah PG kena submit, kalau jam 12.01 minit baru nak hantar, alamatnya melepaslah. Ada juga pihak jurnal yang ‘extend’ submission date, tetapi bukan semua ya.

Tunggulah next opening untuk kita submit manuscript kita tu jika terlepas. Ada client yang scope researchnya yang pihak jurnal hanya ‘open’ 2 kali setahun! Tidak ke rugi jika terlepas? Bila pula nak ‘grad’ ni? Syarat university, perlu publish sekurang-kurangnya 2 artikel-dalam SCOPUS! (ikut universiti)
Maka, proofreader/ editor perlu menyemak dalam masa yang ditetapkan sebelum memulangkan kembali manuskrip kepada penulis.
.
Kedua
=====
Jurnal ni, ada yang berbayar, ada yang percuma. Tetapi biasalah, kalau berbayar biasanya cepatlah publish! Yang berbayar tu bukannya murah, biasanya jurnal ini, fee charge dalam EURO, USD…mahal tu kalau convert ke RM. Penting juga jika kita boleh dapatkan ‘grant fund’ dari supervisor jika ada.


Ketiga

=====
Kadang-kadang scope research/ bidang kita tu ‘rare’ sikit dan bukan semua jurnal berkaitan open setiap bulan. Ada yang kena check ia buka berapa kali setahun! Kalau jurnal tu publish hanya dua kali setahun tak ke melepas jika proofreader tidak dapat siap sebelum itu, ‘on the deadline’! Menangis di bucu katillah jawabnya.

Keempat

=======
Selepas hari berganti hari, bulan berganti bulan tiada khabar berita dari editor mengenai manuskrip yang dihantar, bagai pungguk rindukan bulan. Apa PG boleh buat, biasanya follow up, tanyakan perkembangan daripada editor tersebut. Kalau pihak jurnal cakap, masih ada pada referee, kita tunggu lagi, dan kita follow up lagi kemudian. Tidak perlu follow up setiap hari, nanti mereka ‘reject’, susah pula.

Kelima

=====
Bila kita dapat jawapan daripada editor mengenai manuskrip kita (biasanya melalui e-mail), kita akan berdebar dap dip dup –hahaha- kerana manuskrip ni, bukannya kita hantar kepada jurnal, terus dia accept!.Ohh tidak, possibility reject tu besar, di sinilah peranan proofreader / editor menjadikan manuskrip itu ‘kalis reject’ dengan menyemak tatabahasa, ejaan, struktur ayat dan sebagainya supaya tak perlu PG perbaiki lagi manuskrip itu, (jika perlu). Correction itu juga berdasarkan komen daripada pihak jurnal, jangan kita risau, boleh betulkan then kita hantar balik. Jangan melawan, follow ja arahan, InsyaAllah manuskrip kita akan ‘dipublishkan ‘dalam jurnal mereka.

SELAMAT MAJU JAYA!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL