no comments

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM VIVA

 

1. Pakai pakaian yang kemas dan formal

Pada hari viva, pakai pakaian yang kemas dan formal untuk memberi gambaran yang baik kepada panel pemeriksa dan juga untuk menambah keyakinan diri anda semasa pembentangan. Ia juga menunjukkan yang anda serius tentang peperiksaan viva anda.

2. Tunjukkan keyakinan diri

Ketika menyampaikan pembentangan, tunjukkan keyakinan anda melalui percakapan yang kuat serta jelas tanpa menampakkan kerisauan. Ini menunjukkan bahawa anda memang tahu tentang penyelidikan anda. Sekiranya anda ditanya oleh pemeriksa, jawab dengan penuh keyakinan. Anda harus menjawab dengan penuh keyakinan kerana mungkin pemeriksa sedang menguji anda tentang tahap pemahaman anda terhadap penyelidikan yang telah dibuat. Pastikan anda membuat persediaan yang cukup supaya dapat membantu anda membina keyakinan diri.

3. Bertenang dan jangan panik

Perasaan cemas dan gugup sememangnya boleh mempengaruhi prestasi anda. Sebelum peperiksaan viva, fikir yang baik-baik sahaja dan elakkan untuk berfikir perkara yang buruk kerana ia boleh menjejaskan ketenangan anda. Anda juga boleh menghilangkan perasaan cemas itu dengan berdiri di depan cermin dan memotivasikan diri sendiri sebelum tiba saat peperiksaan viva.

4. Mock Viva

Bagi menghadapi peperiksaan viva, adalah satu keperluan bagi seseorang itu untuk membuat latihan atau “Mock Viva” kerana anda boleh lihat soalan apa yang mungkin ditanya tentang tesis anda, cara anda menjawab soalan yang tidak diduga, sebagai pemangkin semangat sebelum menghadapi peperiksaan sebenar dan juga untuk mengenalpasti jika ada apa-apa yang perlu disediakan.

5. Kenalpasti Soalan yang akan ditanya

Jarak antara penghantaran tesis dengan peperiksaan mungkin lama. Oleh itu, pastikan tesis anda masih segar dalam ingatan dengan mengulangkaji nota-nota yang penting beberapa kali sebelum peperiksaan viva. Anda akan jumpa soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh pemeriksa. Tulis soalan yang mungkin ditanya dalam “post it notes” dan letak di bahagian tesis anda yang kurang jelas. Jika anda tidak jumpa jawapannya, jangan segan untuk bertanya dengan penyelia atau kawan anda untuk mendapat jawapan kerana mungkin soalan itu akan ditanya ketika viva.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL