no comments

Tips Socratic Questioning & the situation postgraduate students always worry about

Di suatu petang yang indah di sebuah cafe yang terletak di perkarangan Universiti XYZ. Terdapat dua adik beradik tetapi berlainan darah sedang membincangkan tentang isu masalah yang agak gawat la jugak. Anda baca la sendiri kalau nak tahu apa yang mereka bualkan…

Laila: LITERATURE REVIEW ni susah laa! Dah laa susah remeh pulak tu *garu kepala*. Aduh dah la tak start apa lagi ni, sempat ke nak siap? *sambil memandang ke dinding dan tembus entah ke mana*

Jenny: Eh kau kenapa ni Peah? Serabut je aku tengok. Kau ada masalah ke? Tak pun kau ada gosip baru?? Cerita la  cerita la kat akuu… *puppy eyes*

Laila:   Ishhh kau ni gosip lajuu je kan? Dasar makcik-makcik bawang betul.

Jenny: *tersengih-sengih* takde la aku tengok kau serabut beruk je ni, tu yang aku tanya. Cepat la bagitahu, kau ada masalah ke?

Laila: Aku tengah fikir ni macam mana aku nak siapkan Literature Review aku. Masa dah suntuk sangat ni tinggal 4 bulan je lagi. Dengan tajuk tak cari lagi. *sighhhhhh*

Jenny: Eh kau biar betul, 4 bulan je lagi? Kau ni memang menempah kain kapan betul la. Kau buat apa je ni sampai sekarang baru nak mula? *rolling eyes*

Laila Ya aku tahu. Aku tak sempat laa, kau tahu kan aku busy lately ni. Nak urus anak lagi, kerja lagi, ni haa baru-baru ni adik aku pulak  tempah hantaran dengan aku. Mana la aku sempat *sambil flashback masa lalu dengan muka sedih*

Jenny: Jap la aku cari dalam Facebook. Kau sabar jap. *sambil scroll telefon pintarnya* (Dua minit berlalu) Ehh Peah, Peah kau tengok ni, aku jumpa seminar untuk kau ni…

Laila: Yeke babe! Mana-mana? Bagi sini aku tengok…

Jenny: Ni haa kau cuba tengok, banyak tips-tips macam mana nak buat Literature Review. Socratic Questioning? Benda apa nih? *sambil scroll ke bawah gigih nak baca* Oh ni berkaitan 6 langkah pendekatan  Socratic Questioning.

Laila: * baca kuat-kuat*

Teknik Tanya Jawab Socratic
Pendekatan Socratic untuk mempersoalkan adalah berdasarkan kepada amalan berdisiplin dan dialog yang bijak. Socrates, ahli falsafah / guru Greek awal, percaya bahawa amalan disiplin yang dipersoalkan membolehkan pelajar mengkaji idea secara logik dan menentukan kesahihan idea-idea tersebut. Dalam teknik ini, guru mengakui kejahilan topik ini untuk melibatkan diri dalam dialog dengan pelajar. Dengan ini “bertindak bisu,” pelajar membina pengetahuan sepenuhnya tentang topik ini.

Teknik Askar Socratic adalah cara yang berkesan untuk meneroka idea-idea secara mendalam. Ia boleh digunakan di semua peringkat dan merupakan alat yang berguna untuk semua guru. Ia boleh digunakan pada pelbagai perkara dalam projek. Dengan menggunakan Soal Socratic, guru mempromosikan pemikiran bebas dalam pelajaran mereka dan memberi mereka pemilikan apa yang mereka belajar. Kemahiran berfikir yang lebih tinggi hadir semasa pelajar berfikir, membincangkan, membahaskan, menilai, dan menganalisis kandungan melalui pemikiran mereka sendiri dan pemikiran mereka di sekeliling mereka. Jenis soalan ini mungkin mengambil sedikit amalan pada kedua-dua guru dan pelajar kerana ia mungkin pendekatan baru.

Petua untuk Menggunakan Soal Socratic:

•Merancang soalan penting yang memberikan makna dan arahan kepada dialog
•Gunakan masa tunggu: Benarkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat untuk pelajar menyahut
•Mengikuti tindak balas pelajar
•Tanya soalan yang sedang diteliti
•Secara berkala merumuskan secara bertulis perkara utama yang telah dibincangkan
•Lukis sebanyak mungkin pelajar ke dalam perbincangan
•Biarkan peserta didik menemui pengetahuan mereka sendiri melalui soalan-soalan yang sedang diteliti oleh guru

Jenny: wah macam menarik je topik ni nak explore.

Laila: Ye la.. eh kau tolong save jap post ni, nanti aku sambung baca. I have to go. Thanks.

 

****THE END****

p/s  admin harap follower paham makna yang nak di sampaikan. *winkwink*

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL