no comments

TIPS SEBELUM MENULIS JURNAL

Sebelum Anda Mula Menulis

Andakah anda tahu bahawa cara terbaik untuk menulis artikel penyelidikan jurnal yang berjaya sebenarnya sudah bermula sebelum anda menulis lagi. Jadi, macam mana nak tulis jurnal?

Pertama, semasa melakukan beberapa bacaan tentang penyelidikan anda, ia amat berguna untuk menyimpan artikel jurnal dalam sistem pengurusan rujukan seperti ‘Mendeley’, ‘Zotero’ atau ‘Endnote’ ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk mencari balik semula artikel jurnal untuk tujuan rujukan pada masa depan.

Kedua, anda mesti memastikan bahawa reka bentuk projek penyelidikan anda mengandungi matlamat penyelidikan yang sangat jelas termasuk siri objektif kajian kerana ini akan membentuk asas kertas penyelidikan anda.

Ketiga, jurnal manuskrip yang baik memerlukan kriteria seperti bahan-bahan yang digunakan dan kaedah yang jelas. Ini dapat menyenangkan pembaca replika kaedah anda. Akhir sekali, anda digalakkan untuk mula menulis sebaik sahaja anda telah melengkapkan semua analisis anda. Ini akan menyenangkan kerja anda untuk membincangkan keputusan kajian anda nanti. Kemudian, anda cuma perlu mencari masa yang sesuai dan mula menulis.

Sumber : Chiong Sie Jing

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL