Tips Menjaga Kesihatan Di Musim Panas
Tips Menjaga Kesihatan Di Musim Panas
Negara Malaysia memiliki 2 musim, yakni musim panas dan musim hujan. Sekalinya panas, panas sangat. Apabila hujan, hujan yang amat kuat. Tentunya tubuh kita akan terkejut dengan adanya perubahan tiba-tiba yang ekstrim tersebut. Kalau tidak pandai menjaga kesihatan tubuh agar tetap dalamkeadaan sihat. Sebenarnya faktor yang membawa kepada masalah kesihatan tidak hanya terjadi pada musim hujan saja, namun juga musim panas. Saat musim panas, cuaca cenderung panas dan berdebu sehingga membuat tubuh lebih cepat lelah dan tidak nyaman kerana mengeluarkan peluh terus-menerus. Bagi menjaga kesihatan tubuh agar tetap dalam keadaan sihat dan fit di musim panas, ada beberapa tips. Antaranya ialah :
Rehat yang mencukupi
Ini merupakan bahagian terpenting dalam menjaga kesihatan tubuh, baik di musim panas maupun hujan. Jangan terlalu memaksakan diri, terutama dalam cuaca yang ekstrim. Ada baiknya beristirahat sebelum memulakan sesuatu baru, dan selalu usahakan untuk dapatkan tidur yangmencukupi.
Perbanyakkan Minum Air Putih
Tubuh kita mengandung 80% air, maka alangkah baik seandainya kita banyak meminum air putih, kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah dehidrasi. Ini kerana pada cuaca yang panas kita akan sering berpeluh dan sekaligus cairan badan kita akan berkurang.
Pakaian Tipis dan Cerah
Untuk mengurangkan peluh yang melampau, pakailah pakaian dengan bahan yang dapat menyerap peluh seperti cotton. Pilihlah pakaian yang tipis sehingga anda tidak merasa panas. Warna pakaian yang cerah lebih baik kerana dapat memantulkan panas. Elakkan daripada memakai pakaian warna gelap lebih-lebih lagi yang bewarna hitam.
Jaga Kebersihan Makanan
Selain cuaca panas, pada saat musim ini juga akan sangat berdebu. Selalu jaga makanan agar tetap bersih dari debu. Pada saat menyimpan makanan, jangan biarkan makanan terbuka atau terdedah. Saat mengambil makanan pastikan tangan anda dalam keadaan bersih. Selalu amalkan mencuci atau membersihkan tangan anda dengan sabun sebelum anda menyentuh sesuatu makanan.
Penuhi keperluan Vitamin dan Gizi
Ini juga penting agar daya tahan tubuh tetap terjaga, selalu penuhi keperluan vitamin dan gizi bagi tubuh anda. Vitamin dan gizi dapat memberi tubuh yang sihat dengan makan sayur dan buah. Anda juga dapat memenuhi keperluan vitamin bagi tubuh anda dengan mekonsumkan multivitamin atau suplemen. Dengan pengambilan suplemen ianya diharapkan mampu memperkuat sistem imun, sehingga akan lebih tahan terhadap penyakit.
Itu merupakan sedikit tips agar kesihatan tubuh dapat terjaga dengan baik semasa cuaca panas, bahkan cuaca yang panas melampau. Ini kerana tubuh badan harusdijaga dengan baik dapat agar menghindarkan daripada masalah kesihatan.