no comments

TIP 1.16-TIGA (3) ELEMENT TAJUK TESIS

Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk, sebabnya ramai yang ambil remeh, dan akhirnya menjerut leher sendiri, khususnya kengkawan yang buat secara part time atau full time tapi macam part-time atau yang buat part-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jer!

Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar Master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah ke belakang, kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.

Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mestilah berasaskan gap kajian yang researchable, significant dan lain lain. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilihan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak, iaitu :

  1. Anda mesti ada pre-knowledge/pengetahuan tentang tajuk

Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab sebab tertentu. Misalnya anda kelihatan “blank” tak tahu apa apa atau SV  anda ingin latih anda menjadi pakar sepertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian. Jadi, apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda langsung tak tahu apa apa, apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak baik pemahaman SV anda, dan anda pun mula takut untuk menulis. Nak short cut tang mana pun SV anda tahu, jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana mana shopping complex atau over expectation dari SV anda, dan akhirnya anda tidak perform. Anda akan sentiasa tertekan, macam paku tekan.

Walaupun tak semua pelajar menghadapi  masalah begini, eloklah anda berfkir dan berbincang dengan SV anda semasak-masaknya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian adalah ANDA!

 2. Personal interest/minat terhadap tajuk

Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiri pun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir O.K.. Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu confused, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda.

  3. Sokongan LR

Tajuk yang tidak diterbitkan dari gap yang diambil dari sumber mainstream dalam bidang kajian anda akan menyebabkan anda akan menyebabkan anda meraba-raba anda mencari  LR, dibimbingi minat yang mendalam akan lama lama luntur, kendur lalu perlahan-lahan anda akan berundur.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL