no comments

Tiga Tips untuk Menulis Artikel Jurnal

Terdapat dua pendekatan utama untuk menulis artikel untuk jurnal saintifik atau akademik. Yang pertama adalah (1) menulis artikel dahulu dan kemudian membuat keputusan jurnal apakah yang ingin diterbitkan, dan yang kedua adalah (2) memilih jurnal yang ingin diterbitkan dan kemudian membuat penulisan artikel. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan sangat disyorkan kepada pengkaji, tetapi ianya adalah berbeza-beza mengikut keselesaan pengkaji dan keutamaannya untuk menerbitkan artikel ilmiah dalam jurnal tertentu. Calon sarjana atau PhD yang menulis artikel penyelidikan dahulu dan kemudian memilih jurnal yang ingin diterbitkan mungkin mendapati bahawa panduan arahan jurnal untuk penulis sangat membantu dalam merancang dan merangka penulisan, tetapi jika terdapat panduan jurnal tersebut yang mengubah bab tesis menjadi artikel yang boleh diterbitkan, maka penulis perlu membentuk semula bahan tersebut agar sesuai dengan konteks. Sama ada anda sedang merangka atau membentuk semula artikel, tiga petua ini akan membantu anda menulis artikel untuk memenuhi keperluan jurnal yang anda sasarkan.

 

  1. Cari garis panduan atau arahan jurnal untuk penulis menerbitkan artikel dalam jurnal tersebut, dan jangan hanya membacanya, anda perlu mengkaji garis panduan yang telah ditetapkan. Sesetengah jurnal akan menggariskan banyak perkara yang terdiri daripada panjang artikel, struktur dan pemformatan artikel serta kandungan artikel. Penulis perlu memberikan perhatian khususnya kepada maklumat mengenai bahagian, tajuk dan sub tajuk serta perkara yang berkaitan dengannya. Terdapat garis panduan yang sangat khusus tentang reka bentuk dan kedudukan jadual dan rajah serta jenis gaya rujukan dan nota. Maklumat peribadi mesti dikemukakan mengikut arahan. Pastikan anda merujuk garis panduan yang betul untuk jenis kertas yang anda hantar dan anda tidak melebihi had yang dinyatakan supaya manuskrip anda tidak terlalu panjang, misalnya, atau mengandungi terlalu banyak rujukan atau gambar. Rujuk garis panduan penyerahan dan gunakan borang dan format yang diperlukan, menyerahkan semua dokumen dan maklumat seperti yang ditunjukkan. Ingatlah bahawa penulisan yang sangat baik dan memenuhi segala keperluan jurnal boleh menyebabkan artikel tersebut diterima dan dapat diterbitkan, tetapi sebaliknya jika penulisan artikel tidak memuaskan dan tidak memenuhi garis panduan jurnal yang ingin diterbitkan. Maka, anda perlu mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan supaya penulisan anda dapat diterbitkan dalam jurnal tersebut.

 

  1. Anda perlu mempelajari tentang matlamat dan skop jurnal yang anda sedang mempertimbangkan dan jadikannya sebagai panduan semasa anda merancang, menulis dan mengubah suai artikel anda. Paling utama, bidang dan pengkhususan jurnal ini harus bertepatan dan selari dengan tujuan penyelidikan anda. Mungkin terdapat beberapa jurnal yang menerbitkan artikel dalam bidang pengajian anda, tetapi hanya satu atau dua orang editor dan pembaca yang akan benar-benar menghargai penyelidikan dan tafsiran anda tentang penemuan kajian. Memahami keutamaan jurnal boleh membantu anda menumpukan penulisan anda juga. Jika ada, contohnya, tiga kesimpulan atau jawapan utama yang mungkin dapat anda hasilkan dari kajian anda dan anda mempunyai ruangan untuk menghuraikan hanya satu daripada tiga kesimpulan tersebut, maka anda haruslah menghurai hasil kajian yang paling berkait dalam lingkungan intelektual dan moral jurnal tersebut. Ingatlah bahawa menyampaikan kandungan penting yang akan menarik minat editor dan pembaca jurnal adalah perkara penting untuk melayakkan penulisan anda dapat diterbitkan.

 

  1. Tulis artikel anda dengan baik dan pastikan bahawa frosa anda menyampaikan makna yang anda maksudkan dengan berkesan dalam penulisan anda. Artikel akademik atau saintifik yang disediakan untuk penerbitan dalam jurnal ilmiah yang bereputasi selalunya mengutamakan bahasa-bahasa yang sesuai dan mudah difahami dalam konteks bidang pengkhususan. Ketidaktujuran mesti dielakkan dan sebarang istilah atau konsep yang mungkin mengelirukan harus dielakkan. Kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca mesti dielakkan, bukan hanya untuk memastikan ketepatan, tetapi juga untuk mewujudkan ciri profesional dan berwibawa oleh penulis. Kesungguhan dan ketepatan dalam bahasa adalah penting kepada para editor tentang kebarangkalian kecuaian dan ketepatan dalam penyelidikan anda, dan kedua-dua sifat ini boleh menyebabkan artikel anda tidak efektif dari segi prosedur, penemuan, analisis dan implikasi penyelidikan lanjutan, maka itulah sebabnya begitu banyak artikel ditolak oleh editor jurnal kerana masalah bahasa. Oleh itu, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia, rakan sekerja dan mungkin seorang penafsir akademik atau saintifik profesional untuk membantu anda menggilap penulisan anda kepada piawaian penerbitan yang akan memberi manfaat kepada kerjaya anda dan komuniti ilmiah anda.

 

Sumber: www.proofreadingservice.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL