no comments

TIGA (3) TIP TULIS LR YANG BAIK DAN FOKUS

Ramai yang menulis SOROTAN LITERATUR seperti si celik meraba-raba dalam gelap (jangan tafsir lebih-lebih pulak). Sebab itu tulis ini tak kena, raba itu tak kena. Jadi saya nak kongsi sikit lagi tips menulis SOROTAN LITERATUR untuk anda dengan satu amaran: “ Jangan tulis LR selagi jika anda tak tahu FOKUS kajian anda”!

Berikut adalah tips sebelum anda boleh menulis SOROTAN LITERATUR yang baik.

Tip 1.

Pastikan anda mempunyai sumber bacaan yang relevan.

Tip 2.

Bukan sahaja relevan tetapi juga anda perlu mengumpulkan sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku).

Sumber primer seperti journal akan memberikan anda SOROTAN LITERATUR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian.

Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda. Sebagai contoh anda membuat kajian tentang keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains. SOROTAN LITERATUR mungkin antaranya secara kritis boleh ditulis seperti dummy berikut:

Keberkesanan persembahan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah menjadi satu persoalan dalam pendidikan sains sejak bermulanya aplikasi multimedia sekitar tahun 1980an. Penyelidik terdahulu (seperti Mat, 1996; Dollah, 2003; Salleh 2005 & Salim 2005) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah bagi penggunaan guru-guru di peringkat sekolah.  John (2009) pula secara khusus telah menegaskan kepentingan bahan multimedia yang dibina menggunakan persembahan PowerPoint mengambil kira aspek kandungan dan kejelasan persembahan, tetapi beliau telah mengabaikan aspek lain seperti psikologi pelajar dalam kajian beliau.

Perkembangan pesat dalam aplikasi multimedia telah membawa kepada perlunya persembahan bahan multimedia mengambil kira aspek psikologi yang lebih khusus seperti kajian yang telah dijalankan oleh Yusof (2009) dan Subahan (2009) yang mengambil kira stail belajar pelajar.  Namun, Othman (2010) telah mencadangkan bahawa pembinaan bahan multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran sains bukan sahaja perlu mengambil kira aspek psikologi tetapi perlu juga kepada aspek reka bentuk pengajaran. Aspek psikologi yang sangat luas skopnya dalam pembinaan bahan multimedia telah dirumuskan dengan baik oleh teori pembelajaran multimedia Mayer (lihat Mayer 2008, 2009). Sementara itu, teori reka bentuk pengajaran yang generik seperti ADDIE (lihat Robert 2009) pula bersifat fleksibel untuk mengabungkan kedua-dua aspek psikologi pelajar dengan teori pembelajaran multimedia tersebut bagi menghasilkan bahan multimedia yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Contoh SOROTAN LITERATUR di atas (hanya secara ringkas dan sepintas lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan mempersoal, mengupas dan menganalisis hasil kajian penyelidik terdahulu. Analisis anda telah menyediakan latar belakang kajian anda secara ringkas.

Akhirnya anda telah memberi hint dengan membawa pembaca kepada keperluan semasa untuk mengisi gap kajian dengan menggabungkan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model reka bentuk pengajaran ADDIE dalam pembinaan bahan multimedia.

INILAH YANG INGIN DIKETAHUI OLEH PEMBACA ANDA. Jangan sampai dah tulis 20 muka surat, pembaca masih tak tahu apa sebenarnya yang anda ingin lakukan dan apakah fokus kajian anda sebaliknya anda hanya meringkaskan kajian-kajian lepas.

Kejap tulis nak kaji ini, kejap nak kaji itu. Peninglah. Apa yang sebenarnya nak kaji ni?

Tip 3.

Dengan fokus tersebut, barulah anda boleh dalami pembacaan jurnal artikel dan buku berkaitan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model ADDIE sedalam-dalamnya. BARULAH anda tidak membaca apa sahaja bacaan yang ada tajuk multimedia.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL