no comments

Tiga (3) Rahsia Menulis Thesis!

Saya telah dijemput untuk dikendalikan bengkel penulisan dan SOROTAN LITERATUR untuk sesi pada minggu depan dan ada beberapa bengkel bagi yang sedang dirancang. Terima kasih kerana kepercayaan anda. Namun semenjak keghairahan yang memuncak dan meluap-luap untuk berbengkel telah membuat saya terfikir beberapa jenak, dan membuat rumusan bahawa ada satu rahsia besar yang kebanyakan postgraduate baru tersedar. Maka saya ingin berkongsi rahsia tersebut yang ramai postgraduate tidak sedar.

Saya dulu pun thesis juga, tapi saya ghairah sendiri jer. Masa buat Master dulu bukan sahaja bengkel tak ada, facebook, blog email, handphone, internet usah nak cakaplah. Langsung tak wujud di alam nyata mahupun alam maya. Malah dalam cerita Stars Wars pun benda benda tu tak wujud lagi apa lagi kat Alor Star. Kalau gerek adalah.

La ni, buka sahaja notebook, e-book, laptop dan ipad semua ada, dah tulis campak jer dalam Dropbox! Esok sambung lagi. Anytime, anywhere. Masa pakai baju hatta sambil makan dalam tupperware pun boleh buat. Fuuuhhh, bikin gua jeles.

Masa buat Master dulu, saya pergi UKM, hari hari fotokopi artikel, kena que, mesin fotostat rosaklah, banyak duit abis ooooo. Then pergi UM buat “kerja bodoh”yang sama. Duit lagi, masa lagi. Bila artikel yang dicari tak ada, minta pulak librarian order. Tunggu pulak 3 bulan, bayar lagi duit. Kalau ada Facebook atau Twitter boleh gak sembang-sembang sambil meminta simpati. Bertuah benar pelajar la ni, semua tersedia depan mata.

Rahsia Pertama:

Menulis tesis adalah satu proses yang saaaaaangaat panjang dan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul-betul alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada di hujung semester.

Jika anda perlu memulakan langkah pertama penulisan anda secepat mungkin, jika boleh sebaik sahaja anda mendaftar.

Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, palig cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja-kerja editing yang tak pernah abis. Berulang-ulang kali sehinggalah anda berjaya submit thesis anda, atau anda gugur di perbatasan. Dan di sinilah terbuka mata pelajar yang mengikuti bengkel Document Map dan LR. Betapa mudahnya menulis jika menguasai aplikasi Document Map dan teknik teknik lain.

Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuas hati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core Duo yang “powerfull tu” macam mesin taip elektrik sahaja. Mereka ingat guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci “yang power tu”jugak!

Jadi bila saya cuba kendalikan beberapa bengkel penulisan bagi mematuhi hajat beberapa pelajar maka ramailah yang mula tersedar lalu “terhenti dari lamunan”akan kepentingan skill ini. Bak kata nenek saya, “better late than never”! Atau bak kata Justin Bieber, “never say never”! Jadi (dengan izin) “the sooner you get started with your writing the better chances for you to graduate earlier or on time”!

Ironinya, ramai postgraduate buangkan masa satu semester yang awal tak buat apa-apa dengan alasan tak ada tajuk lagi, tajuk dah ada tapi belum kompom, mood belum mari, baru nak sesuaikan diri, belum ngam dengan advisor, jurnal tak jumpa, teori belum ada, SV sibuk, rumah tak ada wifi, komputer tak canggih, baby (dan hubby) selalu kacau i malam-malam dan yang paling best, kawan kawan i semuanya pun belum mula lagi, why should i ? You tell me!

Tahukah anda banyaknya masa yang anda telah biarkan berlalu dengan memberi alasan yang setaraf dengan pelajar Tingatan 3 sedang anda hanya ada 4 semester sahaja untuk Master dan 6 semester untuk PhD.

Inilah rahsia pertama. MULAKAN PENULISAN TESIS ANDA SECEPAT MUNGKIN SECARA EFISIEN.

Rahsia kedua :

Rahsia ini berbunyi begini – dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERPAKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek-aspek kajian anda! (maka lebih awallah saya bergraduate – tau tak per!).

Habis sapa ler pulak nak paksa anda berfikir kecuali diri anda sendiri! Blog ini hanya sebagai impetus atau pencetus sahaja, macam lighter dinyalakan pada sumbu mercun. Tanpa lighter, mercun hanyalah satu kuasa yang terpendam tetapi tak berguna, yang lama-kelamaan akan lemau. Bila dah lemau, sumbu tak akan dapat dinyalakan walaupun dengan 10 lighter!

Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi, siap analogi, berpuitis, nangis-nangis pulak dan kadang-kadang ketawa sendirian. Syahdu sungguh. Teringat jer kekasih walaupun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis, berhelai-helai pulak tu!

Bila anda mula menulis, anda sebenarnya mula berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi mula berfikir dengan serius, mendalam. Setiap perkataan dan ayat yang anda nak taip, anda kena fikir dulu, apa maksudnya, kenapa nak tulis macam itu dan apa kaitannya dengan kajian anda, SETUJU?

Ada tak orang menulis tanpa berfikir? Ada juga. Tapi kalau menulis tanpa berfikir tu namanya surat layang. Anda tulis tesis bukan surat layang.

Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyaklah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang ada tambah, semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu, dan proses ini berterusan sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukankah ini yang anda mahukan?

Bila anda menulis, otak akan jadi kritis, mula belajar menganalisis, mensintesis. Sebab itu saya paksa peserta bengkel menganalisis dan mensintesis dengan aktiviti yang disediakan sambil menyaran “JUST DO IT”! Inilah rahsia kedua yang tidak dapat difahami oleh kebanyakan postgraduates Master sebab mereka maybe belum alaminya sebelum ini. Tapi sedikit hairan, pelajar PhD pun sering abaikan aspek ini walaupun mereka pernah menulis tesis.

Kenapa? Sebab semasa memuat tesis Master pun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal.

Rahsia ketiga:

Idea anda walau sehebat mana pun tak akan ada nilainya untuk meng”graduate”kan anda jika idea tersebut tidak tertulis sebagai tesis. Banyak kes, kawan-kawan anda menjalankan kajian yang dashat pada peringkat awalnya, kajian masterpiece, siap dengan data yang lengkap, tetapi tak sampai ke mana pun kerana gagal menyiapkan penulisan tesis. Tak siapa peduli idea dan data-data anda tersebut. Percayalah, kecuali jika ianya tertulis dalam tesis.

Dengan tulisnya tesis yang lengkap, katakan Chapter One, Two and Three (ini pentingnya Zero Draft dan Document Map) walaupun masih belum refine, masih cacamarba, masih berkucalana, masih belum ada data dan lain-lain kekurangan, TEATPI anda masih dapat melihat perspektif kajian anda dengan lebih luas. Mulai dengan pendahuluan sehinggalah ke kemungkinan dapatan anda.

Anda berpeluang memahami kajian anda secara menyeluruh dari semasa aspek serentak dalam semua Chapters yang anda telah siapkan. Anda boleh semak method anda dengan persoalan kajian. Anda boleh semak kajian lepas dengan kerangka teori anda. Anda boleh bendingkan beberapa teori yang berbeza yang telah anda tulis dan lain-lain lagi.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel-artikel baru yang anda ingin baca dan analisis. Ini akan memberikan lebih fokus dan memudahkan anda. Dan yang paling penting, SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter.

Walaupun SV selalu minta Chapter One dulu, tetapi anda sepatutnya serahkan juga Chapter Two and Three. Then bila SV tanya itu dan ini, anda telah bersedia dengan jawapan yang meyakinkan. SV anda juga patut menerima dan membaca keseluruhan idea anda, bukan sahaja Chapter One. Tentu lebih mudah SV anda lihat hala tuju kajian anda dengan membaca beberapa Chapter serentak.

Anda juga boleh membuat correction dan editing di sana sini, sambil membetulkan pemahaman anda serentak. Dengan kemahiran penulisan, kerja-kerja editing bukanlah satu isu yang sangat besar, semuanya boleh dibuat dengan beberapa klik sahaja!

So inilah rahsia yang saya ingin kongsikan. Anda tak perlu setuju dengan saya, tetapi hayati dan fahami maksud yang tersirat, tersurat dan terpahat dalam tulisan saya ini.

Akhir kata, tulis awal, faham awal, edit awal, hantar awal, graduate awal!

sumber: Dr Othman Bin Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL