no comments

TIGA (3) RAHSIA MENULIS THESIS

TIGA (3) RAHSIA MENULIS THESIS

Rahsia Pertama:
Menulis tesis adalah satu proses yang sangat panjang dan berulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul-betul alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada di hujung semester.

Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, paling cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja-kerja editing yang tak pernah habis. Berulang-ulang kali sehinggalah anda berjaya submit tesis anda, atau anda gugur di perbatasan. Dan di sinilah terbuka mata pelajar yang mengikuti bengkel Document Map dan teknik-teknik lain.

Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuas hati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core Duo yang “powerful tu” macam mesin taip elektrik sahaja. Mereka ingat guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci “yang power tu” jugak!

Inilah rahsia pertama. Mulakan Penulisan Tesis Anda Secepat Yang Mungkin Secara Efisien.

Rahsia Kedua:
Rahsia ini berbunyi begini – dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “Dipaksa” atau ” Terpaksa” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awal lah anda dapat memahami aspek-aspek kajian anda.

Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyaklah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang anda tambah, semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu, dan proses ini berterusan sehingga anda benar-benar dapat menguasai bidang kajian anda dalam masa yang sama tesis anda juga akan turut progres! bukankah ini yang anda mahukan ?

Rahsia Ketiga:
Dengan tertulisnya tesis yang lengkap, katakan Chapter One, Two and Three (ini pentingnya Zero Draft dan Document Map) walaupun masih belum refine, masih cacamarba, masih berkucalana, masih belum ada data dan lain-lain kekurangan, Tetapi anda masih dapat melihat perspektif kajian anda dengan lebih meluas. Mulai dengan pendahuluan sehinggalah ke kemungkinan dapatan anda.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel-artikel  baru yang anda ingin baca dan analisis. Dan yang paling penting, SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL