no comments

TIGA (3) ELEMENT TAJUK TESIS

TIGA (3) ELEMENT TAJUK TESIS

Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk, sebabnya ramai yang ambil remeh, dan akhirnya menjerut leher sendiri, khususnya kengkawan yang buat secara part-time atau yang buat full-time tapi macam part-time atau yang buat port-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jerl

Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar Master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah ke belakang, kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.

Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mestilah berasaskan gap kajian yang researchable, significant dan lain-lain. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilithan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak, iaitu :

1. Anda mesti ada pre-knowledge /pengetahuan tentang tajuk

Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab-sebab tertentu. Misalnya anda kelihatan “blank” tahu aper-aper atau SV anda ingin latih anda menjadi pakar pertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian.

Jadi, apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda langsung tak tahu apa-apa, apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak sebaik pemahaman SV anda, dan anda pun mula takut untuk menulis. Nak short cut tang mana pun SV anda tahu, jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana-mana shopping complex atau over expectation dari SV anda, dan akhirnya anda tidak perform. Anda akan sentiasa tertekan, macam paku tekan.

Walaupun tak semua pelajar menghadapi masalah begini, eloklah anda berfikir dan berbincang dengan SV anda semasak-masaknya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian adalah ANDA!

Juga anda perlu berhati-hati dengan perkara baru yang muncul dan kontrovesi untuk dibuat tajuk kajian, kerana anda mungkin tiada pengetahuan dan pengalaman untuk membuat kajian.

2. Personal interest / minat terhadap tajuk

Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiri pun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir O.K.. Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu confused, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda.

3. Sokongan LR

Tajuk yang tidak diterbitkan dari gap yang diambil dari sumber mainstream dalanm bidang kajian anda akan menyebabkan anda meraba-raba anda mencari LR dibimbangi minat yang mendalam akan lama-lama luntur, kendur lalu perlahan- lahan anda akan berundur.

Saya cadangkan anda berfikir terbalik, cari LR dengan membaca secara intensif Saya dahulu. Dapatkan gap dan baru pilih tajuk yang menepati gap tersebut yang bersesuaian dengan minat anda, bukan sebaliknya.

 

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL