no comments

THESIS BUKAN SURAT KHABAR LAMA

Kali ini saya ingin menyentuh tentang refrence yang tidak wajar menjadi citation oleh pelajar PhD mahupun Master. Begini, calon PhD dan Master mestilah merujuk hanya kepada referred publications atau peer-reviewed articles seperti dalam sumber yang saya nyatakan pada Tip 1.3. Hampir kesemua artikel dalam jurnal yang established berada dalam kategori ini. Tesis dan disertai juga considered refereed kerana disemak dengan ketat oleh committe dan external examiners serta melalui proses pembentangan dan viva.

Namun begitu, terdapat artikel seperti prosiding atau projek tahun akhir tidak termasuk dalam kategori referred materials. Sayugia dinasihatkan supaya anda jangan memetik atau merujuk kepada sumber sebegini. Ini akan merendahkan nilai tesis anda. Jadi ketahuilah bahan yang anda rujuk untuk tesis anda.

Analogi, jika anda tak faham matematik Tingatan 5, takkan anda rujuk buku Tingkatan 1. Anda boleh rujuk buku Tingkatan 5 yang lain, ataupun buku yang lebih tinggi yang juga bincangkan konsep yang sama. Samalah dengan artikel bukan referred mempunya “makam” yang lebih rendah. Maklumlah proceeding articles selalunya tidak melalui proses peer-reviewed yang ketat.

Contoh

Mungkin terdapat artikel yang dikeluarkan oleh jurnal dari sesebuah IPTA dalam mahupun luar negara, yang tidak menjalankan proses peer-reviewed secara yang sewajarnya. Banyak artikel pelajar tahun akhir misalnya dimuatkan dalam jurnal tersebut yang hanya disemak oleh seorang supervisor sahaja. Jadi berhati-hati bila merujuk kepada artikel sebegini.

Namun begitu, artikel prosiding sesuai dijadikan sumber mendapatkan gap kajian serta bagi mengetahui perkembangan terkini dalam bidang kajian anda, supaya anda lebih jelas position kajian anda. Tapi tidak sesuai untuk citation. Selain prosiding, anda juga cuba elakkan petikan dari surat khabar atau majalah, yang hanya akan merendahkan credibility penulisan anda. Kedua-dua ini dikategorikan sebagai sumber “bukan akademik”. Ini termasuk juga artikel-artikel umum dalam internet, termasuklah Wikipidia.

 

Bayangkan jika pernyataan masalah anda hanya berdasarkan isu yang dipetik dalam akhbar tempatan, seperti isu pembuangan bayi, rasuah dan lain-lain, sedangkan isu tersebut mungkin disensasikan, bukan dari satu kajian yang mendalam, atau hanya diwar-warkan dari kacamata ahli politik atau NGO.

Pastikan anda telah membaca kajian-kajian lepas dan kajian-kajian inilah yang patutnya dikupas bagi menunjukkan adanya isu yang masih perlu dikaji. Nanti bukan saja isu itu yang hanya tersimpan dalam surat khabar lama, tesis anda pun jadi surat khabar lama, tak sapa nak rujuk pun.

Ingat, kajian PhD bukan untuk menyelesaikan masalah masyarakat dalam konteks praktikalnya, tetapi sebagai bukti ilmiah anda telah menyumbang sesuatu kepada bidang pengetahuan, menjadikan anda seorang mendalami dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang tersebut. Ingat, tesis yang baik akan terus berkembang dan tesis bukanlah permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu isu atau masalah. Oleh itu, jangan libatkan diri dengan isu dengan isu sensasi dalam membuat tesis.

Nasihat saya yang kerdil ini, cubalah berada di barisan paling hadapan dalam bidang kajian anda, tetapi jangan melampaui sempadan, takut anda kehilangan punca atau terjebak dalam banyak ketidakpastian.

Contoh 

Katakan anda mengkaji bidang 3D dalam persembahan multimedia pendidikan sains. Carilah kajian yang menyentuh aspek terkini dalam implementasi 3D yang masih luas belum diterokai dan bukan melampauinya seperti menguji keberkesanan persembahan 4D yang terlalu baru dan hanya diimplementasikan secara terhad dalam panggung wayang yang terkawal sahaja.

Apa tidaknya, tak ada kajian lagi dibuat dalam persekitaran 4D untuk tujuan pendidikan dan anda akan teraba-raba kemudiannya. Faham kan?

 

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL