no comments

Thesis, Argument, Thesis statement…kena baca 1000 artikel ?

1. Pertama: Intro Kenapa bila nak buat kajian master / PhD, lafaz pertama yang sering terpacul adalah “find a research gap” atau “strengthen the previous studies” atau “look for something that has not been done before” dan lafaz ini berkemundang sampailah ke viva seolah2 inilah keperluan asas membuat research dan menulis thesis. Lafaz ini tidak salah tetapi sayangnya lafaz ini spt telah menjadi lafaz turun temurun dgn pemahamannya terserah kepada siapa yang melafazkannya.

2. Kedua: Definisi gap Aku dah buat satu experiment ringkas… bertanyakan definisi “gap” maka terpacul lah berbagai2 definisi yang entah datang dari mana. Ada yang bermulanya dengan “agaknya…. “ dan ada yang mengakhrinya dgn “…. kot” dan ada yang menyatakan “itulah knowledge gap….” tanpa mendefinisikan terlebih dahulu “apa itu research gap” sehinggalah kepada jawapan yang bukan jawapan spt “gap tulah research question” dan “gap itulah yang kita cari utk buat LR”

a. Adakah gap tersebut ”benar2 satu yang tak pernah dibuat”?

b. Adakah gap tersebut cukup “dalam” utk menjadi gap satu kajian peringkat master dan “lebih dalam lagi” utk peringkat PhD? Klu tak cukup “dalam”… silalah dalamkan lagi….. perghhh!

3. Ketiga: Apa pula thesis? Soalan pertama yang patut terpacul dalam benak fikiran semua yang terlibat dalam dunia pascasiswazah dan sebelum buat research dan menulis thesis:

a. Apa itu tesis?

b. Kenapa dinamakan tesis?

c. Kenapa menghantar dissertation master / PhD itu juga disebut thesis submission?

Thesis merujuk kepada satu argument untuk diuji / kaji/ analisis / revised melalui satu kajian. Argument atau claim (dakwaan terhadap sesuatu isu yang dibahas dalam sesuatu bidang) ini mestilah berasaskan teori dan boleh dikaji dgn membina hipotesis / soaan kajian. Tesis ini selepas dikaji mestilah menyumbang sesuatu kepada knowledge yang signifikan.

4. Keempat: Thesis statement Oleh yang demikian, terdapat universiti meminta pelajar terlebih dahulu menyediakan tesis kajian dalam bentuk “thesis statement’ (TS) sebelum menyediakan proposal supaya dapat dinilai tahap thesis yang dicadangkan.

Apa itu TS? “A sentence or paragraph that summarizes the ARGUMENT / claim / debatable issue you plan to make in your thesis, as well as the SUPPORTIVE evidence you plan to use to back up that argument on a specific TOPIC ”. Maka TS mengandungi 3 element

a. Argument – debatable issue

b. Supportive evidence – theory

c. Topic – scope

TS anda mestilah ada 6 element:

a. ada measurement, analysis, interpretation, explanation

b. signifikaan – boleh menjawab soalan “Why scholar care about it?”

c. mempunyai theory – utk LR and the basis of your argument.

d. mempunyai scope – not too broad .

e. researchable – boleh dapat data dari instrument

f. novelty – what else need to be studied – unik dan contribute to knowledge

Sumber : Dr Othman Talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL