no comments

THESIS ANDA BERPENYAKIT PROCRASTINATION

THESIS ANDA BERPENYAKIT PROCRASTINATION

Procrastination ini bahasa canggih, bahasa psikologi. Dalam bahasa makcik-makcik, procrastination tu maknanya penyakit suka bertangguh, tanpa disedari sehingga terlambat, sehingga menimbulkan fenomena LAST MINUTE!

Procrastination ni penyakit yang ada pada semua manusia. Hanya tahap keseriusannya sahaja yang berbeza. Yang menarik minat saya menulis tentang penyakit ini kerana procrastination berlaku sangat ketara dalam kalangan calon PhD dan Master! Penyakit bertangguh ini tidak disedari kerana kita mempunyai cara tersendiri untuk menjustifikasikan tindakan penangguhan tersebut, ini yang bahaya.

Penulisan tesis adalah proses yang panjang dan very teknikal dan taktikal. Bila ramai pelajar yang lambat menyiapkan penulisan thesis, andapun menjadikan situasi ini bagi menjustifikasikan juga penangguhan anda, supaya anda tidak kelihatan pelik kerana berjaya menyiapkan tesis PhD dalam tempoh masa yang sepatutnya.

Procrastination menjadi serius jika anda seorang yang mencari kesempurnaan. Bila membaca dan membuat rujukan, anda tidak mahu mula menulis, sebab anda fikir kefahaman anda belum betul-betul sempurna. Anda belum putuskan method kajian anda sebab anda kena pastikan pemahaman yang sempurna dahulu. Anda tunggu kesempurnaan, sedangkan research is not about perfection; research is about doing and trying something scientifically. Research penuh dengan andaian, justification, estimation and error!

Selain perfection, ada penghidap penyakit procrastination yang mementingkan kerja secara sistematik, especially yang pompuan tu. Anda siapkan Chapter 1 dulu, then Chapter 2, then Chapter 3. Sistematik .

Contohnya, anda baca journal, anda jumpa bahagian metodologi tapi anda skip sebab nak siapkan Chapter 1 dulu, sedangkan anda sepatutnya boleh mula menulis dari mana-mana chapter sekalipun.

Masalah utama kajian ini adalah untuk mencari masalah dalam menyelesaikan masalah, pelajar yang bermasalah, mengikut kaedah penyelesaian masalah. Masalah betul lah.

Jika simptom-simptom di atas ada pada diri anda dan wujud dengan ketara, anda menghidapi penyakit PROCRASTINATION. Saya sekadar memberi maklumat dengan harapan maklumat tersebut dapat menyedarkan anda akan kewujudan penyakit ini.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL