no comments

Thesis adalah duplikasi

Jangan pening-pening.

Izinkan aku menyentuh soal duplikasi. Kajian peringkat PhD / master adalah duplikasi walaupun ramai yang tak mengakui dan takut mengakuinya. Ketakutan ini mempunyai asas kerana mereka diajar untuk menggunakan perkataan seperti “kajian ini belum pernah dibuat lagi” atau , “kajian ini kurang dijalankan” atau “kajian ini tidak mendapat perhatian” atau “kajian sebegini tidak banyak dalam LR” dan seumpamanya untuk “menyerlahkan” keoriginalan kajian mereka yang jika dibaca penuh dengan duplikasi.

Percaya atau tidak, kajian atau Research adalah duplikasi, malah unsur duplikasi adalah satu keperluan. Cubalah buat ayat yang ada unsur “strong statement” pasti akan disergah dengan komen “mana citation?” atau “siapa awak nak dakwa dan tulis ini dan itu?”, “ada kajian lepas ke yang guna variable ini” atau “cuba cari theory yang guna construct ini” dll yang mengisyaratkan supaya anda merujuk, menjadikan kajian lepas sebagai rujukan dan sandaran….. ini adalah unsur duplikasi – kajian lepas.

Secara ringkas, unsur-unsur duplikasi perlu dilakukan sekurang-kurangnya dari aspek berikut:

1. Theory – rujuk kajian lepas

2. LR – mengupas kajian lepas

3. Methodology / analisis – follow kajian lepas

Tiga komponen ini roughly menyumbang lebih 70% kpd weightage sesuatu thesis. Tanpa 3 unsur ini, maka tiadalah thesis

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL