no comments

The Sense of Urgency Perlu Ada Untuk Tulis Tesis Dengan Cepat Dan Efisien

The Sense of Urgency Perlu Ada Untuk Tulis Tesis Dengan Cepat Dan Efisien

Anda perlu ada perasaan the sense of urgency, bagi menggantikan the sense of “last minute”. Perasaan the sense of urgency akan mengarahkan otak anda membuat sesuatu seperti anda akan mati esok hari, tu dia! Perasaan ini menyebabkan anda merasa sangat bergantung kepada keperluan menyiapkan tesis dengan cepat, sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi, lambat pun siap juga, macam orang lain juga. Percayalah, anda tak layak membuat thesis jika anda tak ada perasaan the sense of urgency ini, research tak sesuai untuk mereka yang penyakit kaki iaitu kaki lengah, kaki ketuk dan suap baru nak buat, dan termasuklah kaki Facebook yang kalau tak buka tiap minit rasa satu kerja lain tidak boleh nak buat. Inilah penyakit procrastination, penyakit suka bertangguh dan mampu memberikan pulak justifikasi kepada diri sendiri untuk terus bertangguh, sehingga anda tertekan.

Saya sertakan dua lagi extras.

Reward diri sendiri Anda boleh reward diri sendiri setelah berjaya menulis dalam kuantiti yang signifikan. Jangan kisah dulu pasal kualiti penulisan anda, sebab anda akan sentiasa improve apabila anda semakin banyak menulis, dan menulis dan menulis.

Katakan anda berjaya menulis 2,000 words dalam tempoh 6 jam dan seminggu 20,000 words. Nak reward apa tu terserah pada anda, atau pakat dengan hubby, jika berjaya tulis 50,000, hubby belanja gi SPA, manjakan diri. Katakan pada hubby “kalau kulit ayang makin lembut dan gebu dek pergi SPA setiap bulan, bukan untuk sopa, untuk abang juga, kan kan”. Mesti keluar air liur hubby dengar pujukan anda.

Kena berlagak sikit!

Nak cepat siap mestilah kena berlagak sikit, tapi dengan tujuan baik. Bukan berlagak tong kosong. Jika anda selalu jengah Facebook, beritahu kawan-kawarn yang anda telah pun siap sekian-sekian ribu perkataan, untuk semua chapters, dan dah mula nok collect data, dah buat sekian-sekian, sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.

Contohnya “Hi, saya dah siap tulis draf LR 15 pages dalam 5 hari, cayalah. Saya akan habiskan lagi 15 pages dalam 5 hari, he he. Saya mau kasi saya punya SV terkesima!”

Kesimpulan:

Dengan penguasaan tip, teknik dan langkah-langkah di atas, kerja-kerja penulisan tesis / proposal bukan sahaja cepat dan efisien malah akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup anda.

Sumber : Dr Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL