no comments

TESIS: AYAT JANGAN BERBELIT-BELIT

Tesis perlu ditulis dengan ayat yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Pengalaman saya menunjukkan pelajar apabila menterjemah sumber rujukan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu cuba mengekalkan setiap patah perkataan menyebabkan ayat menjadi kabur, berbelit-belit dan sukar difahami. Ambil sahaja idea utama dalam petikan tersebut dan bukan perkataan demi perkataan – tak susah kan?

Begitu juga apabila menulis ayat, pelajar cenderung memanjang-manjang ayat bagi menyampaikan satu maksud yang sebenarnya mudah. Perhatikan contoh ayat berkaitan fenomena harian berikut:

  • Ali membawa raket kerana ingin bermain badminton. Oleh itu Ali selalu bermain badminton sebagai satu aktiviti riadah dan senaman. (2 ayat mudah, 19 perkataan)
  • Sebagaimana yang kita tahu, sebagai satu usaha Ali untuk menjalankan satu aktiviti riadah yang lazimnya dilakukan oleh kawan-kawannya yang lain, di samping ianya juga menjadi sebagai satu aktiviti senaman, maka dia telah membawa raketnya untuk melakukan aktiviti berkenaan dengan cara bermain badminton. (1 ayat berbelit-belit, 42 perkataan. Phew!)

Seringkali pelajar cenderung menulis seperti contoh ayat ayat yang kedua, sehingga menyukarkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini kerana ayat yang panjang tidak perlu tanpa sebab. Tulislah ayat “straight to the point”! Perkataan seperti “kita” (siapa kita?), “ianya”, “ia”, “berkenaan”, dan “tersebut” menjadikan ayat semakin kabur. Jadi jangan salahkan supervisor jika ayat anda di “slash”. Anda juga akan pening sendiri membaca ayat yang anda tulis.

Nasihat saya – fikirkan terlebih dahulu secara mendalam idea utama yang anda ingin sampaikan dan kemudian tulis dengan ayat anda sendiri. Guna ayat yang mudah, tapi bukan ayat santai.

Ramai pelajar siswazah tulis ikut sedap hati. Maklumlah keyboard tidak bertulang apatah lagi touch screen yang hanya tinggal kulit sahaja! Jangan tulis sesuatu yang anda sendiri tidak pasti atau menggunakan perkataan yang kabur. Tolong jangan peningkan pembaca tesis anda, cukuplah anda pening seorang. Baca tiga contoh petikan tulisan pelajar siswazah. Apa yang tidak kena dengan perkataan yang bergaris dalam petikan berikut:

  • Kajian lepas selalunya mengunakan pendekatan konstruktivis kerana….
  • Penggunaan ICT dan animasi didapati telah meningkatkan skor min motivasi pelajar. Ia bermakna…
  • Teori konstrusktivisme yang digunakan dalam kajian ini adalah satu-satunya teori yang dapat menjelaskan hubungan antara…

Kajian lepas merujuk kepada kajian mana? – Terdapat berjuta-juta kajian lepas. Ia merujuk kepada apa? – ICT, animasi atau peningkatan skor min?

Satu-satunya – Perkataan “extreme” kerana tiada satu teori pun dapat berdiri sendiri dalam sains sosial / pendidikan.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL