no comments

Teori-Teori Dalam Kaunseling

Definisi Teori

Kita perlu mempelajari asas teori personaliti individu terlebih dahulu barulah kita dapat memahami teori kaunseling. Ianya akan membantu memahami peranan dan tujuan teori tersebut terutamanya dalam psikologi. Terutamanya penting dalam perkembangan fizikal dan bialogikal sains dan teori merupakan nilai yang besar dalam psikologi. Teori merupakan suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya, dan juga meditasinya. Jika ianya dianggap sebagai sesuatu yang sainstifik sifatnya, maka perlulah diuji, diselidiki dan diamalkan.

Kriteria Teori :

  1. Ketepatan dan Kejelasan
  2. Menyeluruh
  3. Boleh diuji
  4. Kegunaan
Teori juga merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan. Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang terkenal. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan pribadi di mana ianya akan membentuk  ‘teori penggunaan’ tentang tingkah laku manusia. Teori ini sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian – andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian yang mereka jalani. Berdasarkan teori tersebut, ianya banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara individu. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang dibuktikan melalui kajian – kajian yang dibuat.

Definisi Kaunseling

Konsep pengertian tentang kaunseling telah mendapat definisi yang pelbagai mengikut kefahaman mazhab dan mirip falsafah perlakukan manusia. Walau bagaimanapun definisi kaunseling sangat luas dan tidak ada sesuatu definisi yang boleh mencakupi keseluruhan aspek berkaitan dengan kefahaman kaunseling itu sendiri. (Othman, Rahil dan Majid, 1995) . Definisi kaunseling bersesuaian mengikut zaman, keadaan dan budaya. Tetapi pengertian kaunseling dalam zaman alaf 2000 sudah berubah merangkumi pelbagai kemajuan teknologi, perhubungan dan maklumat .

konsep ini menyatakan kaunseling  satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang. Rogers berpendapat khidmat ini sebagai khidmat pertolongan dan konsep ini bergabung dengan unsur psikologi dan kerja-kerja kebajikan masyarakat dan bidang pendidikan. (dalam Muhd Mansur Abdullah, 1986).

Teori Kaunseling lazimnya mengandungi lima elemen berikut :

  1. Pandangan terhadap sifat manusia ( Views of Human Nature)
  2. Pandangan mengenai punca masalah ( Cause of Human Problems)
  3. Perspektif mengenai peranan kaunselor
  4. Perspektif mengenai matlamat proses kaunseling
  5. Teknik / kaedah yang sesuai digunakan
 
Disini, terdapat 3 kategori untuk kaunseling :
  • Kategori Afektif ( Perasaan)       
  1. Teori Pemusatan Klien / Insan atau Client Centered Theory
  2. Terapi Gestald
  • Behavioral ( Tingkah Laku )
  1. Teori Behavioris / Tingkah laku
  2. Terapi Realiti
  3. Terapi Brief
  4. Terapi Psikologi Individu
  • Kognitif (Pemikiran)
  1. Teori Rasional Emotif ( RET )
  2. Terapi Kognitif Behavioral ( CBT )
  3. Psikoanalisis
  4. Analisis Transaksional
  5. Intervensi SistemikKaunseling Keluarga
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL